Pasang cita-cita pulang ke Penang, ramai pangkah kepulangan striker 'ceroi'


  • Podium
  • Khamis, 15 Ogos 2024

Penang FC terpaksa berpuas hati selepas terikat 2-2 kepada Kuching City FC dalam saingan Liga Super Ahad lalu. — Facebook/Penangfc

SEJAK beberapa musim kebelakangan ini, Penang FC sering kurang bernasib baik apabila melibatkan penyerang import.

Nama-nama yang dibawa ke dalam skuad Harimau Kumbang sebelum ini seperti Curt Dizon dan Christian Rontini sering kali mengecewakan penyokong dan menjadi punca mengapa Penang gagal menyerlah seperti diharapkan.

Ketumpulan jentera serangan Harimau Kumbang bukan saja menggusarkan penyokong setia pasukan itu malah, turut merisaukan pengendali Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli.

BACA LAGI: Makin lama atas padang, Gergasi Merah perlahan-lahan tunggu Faisal Halim jadi hero sebenar

BACA LAGI: Azizulhasni kena fikir masak-masak sebelum bersara, Dhabitah boleh lupakan Los Angeles 2028

WhatsApp Image 2024-08-15 at 14.39.46

Abdul Abdeen sebelum ini tidak membawa pulangan berbaloi buat skuad Harimau Kumbang. Facebook/Penang FC

Jika melihat kepada statistik jaringan dalam liga, pasukan yang berpangkalan di Utara tanah air itu hanya menjaringkan sembilan gol meskipun menduduki tangga keenam Liga Super ketika ini.

Bagaimanapun, baru-baru ini, timbul media sosial apabila bekas penyerang Harimau Kumbang menyuarakan hasratnya untuk kembali menyarung jersi kelab tersebut.

Menerusi perkongsian daripada laman Facebook, Group Komuniti Penyokong Penang FC, hantaran berkenaan menimbulkan tanda tanya 'ekor' Harimau Kumbang.

Meskipun hanya sekeping gambar namun ia seolah-olah memberi gambaran bahawa penyerang import, Abdul Abdeen Temitope mahu kembali beraksi.

Namun begitu, rata-rata penyokong tidak bersetuju dengan kepulangan pemain berketinggian 1.89 meter itu ke Utara.

Hal ini kerana, masalah ketumpulan Abdul Abdeen sering mengecewakan penyokong setia Penang.

"Cukup-cukuplah geng Afrika, semua datang jersi merapu, dahlah kena scam," kata Mohd Ikhwan Hakeem.

"Tak payahlah, macam tiada pemain lain yang boleh sign," kata Eshaq Al Jafri Eshaq.

"Tok sah (Tak payah) buat pasallah, yang ada sekarang ni pun macam tak betul," kata Amar Ali.

Begitu pun, tidak dipastikan sama ada hantaran yang bertebaran di media sosial itu adalah postingan baru atau tidak.

Beraksi bersama Penang, Abdul Abdeen hanya merekodkan lapan penampilan dan dua jaringan pada musim 2022/2023. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram