Masih belum sah, fans JDT, Selangor dan Penang tak sabar 3 rumors perpindahan jadi kenyataan


  • Podium
  • Ahad, 18 Ogos 2024

Bergson mungkin akan digantikan Obregon dalam musim-musim akan datang. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

MENJELANG jendela perpindahan kedua liga yang akan dibuka 26 Ogos nanti, sudah pasti banyak pasukan sudah mengorak langkah awal dengan merekrut beberapa wajah baharu.

Begitupun, ia bukanlah berita baik untuk beberapa pasukan yang kini mengalami masalah dalaman terutamanya dari segi faktor kewangan.

Dalam pada itu, jendela perpindahan kali ini dijangka suram tanpa ramai pemain baharu dibawa masuk pasukan bertanding.

BACA LAGI: [VIDEO] Fans Borneo bersaudara, sama-sama nyanyi lagu Bekikis Bulu Betis ketika Sabah tewaskan Sarawak raih emas takraw SUKMA

BACA LAGI: Pasang cita-cita pulang ke Penang, ramai pangkah kepulangan striker 'ceroi'

Meskipun begitu, terdapat juga segelintir peminat bola sepak tanah air yang tidak sabar menantikan kehadiran beberapa wajah baharu untuk dibawa masuk ke pasukan kesayangan mereka.

Baru-baru ini, Liga Malaysia (Liga M) digemparkan dengan khabar angin apabila beberapa pasukan tanah air bakal membawa masuk pemain baharu bagi menguatkan jentera serangan dan mengukuhkan benteng pertahanan.

Dalam pada itu, Majoriti menyenaraikan tiga pemain yang dijangka bakal mewarnai kancah bola sepak tanah air.

Obregon

Pengalaman Obregon di Amerika Selatan dan Eropah sudah tentu membuka mata JDT untuk membuat tawaran. — Agensi

1. Jorge Obregon ke JDT

Baru-baru ini, nama penyerang kelahiran Colombia, Jorge Obregon dikaitkan bakal menjadi keluarga baharu Johor Darul Ta'zim (JDT).

Khabar angin itu pastinya membuatkan masing-masing tidak senang duduk memandangkan penyerang tersebut berkemungkinan akan menggantikan tonggak pasukan, Bergson da Silva.

Begitupun, dengan Obregon sudah melepasi ujian kesihatan dan kecergasan skuad Harimau Selatan, sudah pasti kehadirannya dijangka akan membuat perubahan besar dalam skuad Utama JDT.

Untuk rekod, bekas penyerang skuad Bawah 20 Tahun (B-20) Colombia itu sudah merekodkan 17 gol dan 10 bantuan jaringan dalam 105 penampilannya buat HNK Rijeka.

Yazan

Al-Naimat merekodkan tujuh jaringan dan tujuh bantuan jaringan untuk Al-Ahli SC. — Instagram/Al-Naimat

2. Yazan Al-Naimat ke Selangor

Penyerang sensasi pasukan kebangsaan Jordan, Yazan Al-Naimat antara nama besar yang dikaitkan akan menyertai Selangor FC.

Spekulasi kehadiran pemain berusia 25 tahun itu ke kem Gergasi Merah bertambah hangat dalam kalangan penyokong apabila dua rakan sepasukannya di Jordan iaitu Noor Al-Rawabdeh dan Ali Olwan memberi petunjuk di Insta Story.

Al-Naimat merekodkan tujuh jaringan dan tujuh bantuan jaringan dalam 20 perlawanan bersama kelab terkininya iaitu Al-Ahli SC.

Penyerang 25 tahun itu juga dikatakan kini berada dalam tekanan apabila namanya sudah tidak disenaraikan dalam skuad musim hadapan dan hanya menunggu Gergasi Merah untuk menandatanganinya.

Abdul

Abdul Abdeen sebelum ini tidak membawa pulangan berbaloi buat skuad Harimau Kumbang. Facebook/Penang FC

3. Abdul Abdeen ke Penang

Baru-baru ini, kem Penang FC dikhabarkan bakal menerima kepulangan bekas penyerang Harimau Kumbang, Abdul Abdeen Temitope.

Difahamkan, kehadirannya adalah untuk mempertajamkan jentera serangan skuad kendalian Akmal Rizal Ahmad Rakhli itu.

Begitupun, kepulangannya seolah-olah tidak direstui oleh penyokong Harimau Kumbang yang berasakan penyerang import berkenaan berdepan dengan masalah ketumpulan sebagai penyudah.

Meskipun begitu,terdapat juga segelintir penyokong yang berhasrat agar pihak pengurusan Penang FC membawa masuk muka baharu menjelang jendela perpindahan kedua ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram