Marselino Ferdinan sertai kelab England, fans Indonesia 'bakar line' tanya di mana Arif Aiman, dakwa ekor HM cemburu buta


  • Podium
  • Selasa, 20 Ogos 2024

Marselino merupakan sebahagian daripada rekrut Oxford United untuk musim baharu. — Oxford United

BOLA sepak Indonesia sememangnya berada di tahap terbaik ketika ini. Mereka kini berada dalam pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 dan bintang-bintang skuad Garuda mula menjadi rebutan kelab luar negara.

Terbaharu, bintang muda sensasi Indonesia, Marselino Ferdinan menjadi eksport terbaharu mereka apabila menyertai kelab divisyen dua England iaitu Oxford United.

Marselino mengikut jejak rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan iaitu Elkan Baggott beraksi di England. Sebagai rekod, Baggott beraksi bersama Ipswich Town dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

BACA LAGI: Media Indonesia lapor Kelantan minat sambar Marselino Ferdinan

BACA LAGI: Selangor 'menang besar', jadi pilihan penyerang berpotensi kelab Eropah saranan ESPN

Menyertai Oxford daripada kelab Belgium, KMSK Deinze secara percuma, Marselino mengakui tidak percaya berjaya menempatkan dirinya dalam saingan bola sepak England.

"Saya teruja dan masih tidak percaya yang saya berada di sini (England). Saya nyata bangga dapat menjadi sebahagian daripada bilangan kecil anak kelahiran Indonesia yang beraksi di sini.

"Saya tak akan ambil mudah peluang ini, saya akan gunakan 100 peratus peluang yang ada," kata Marselino sewaktu diperkenal sebagai pemain baharu Oxford.

Berita Marselino menyertai Oxford mendapat liputan meluas terutamanya di England dengan laman rancangan bola sepak terkemuka terbitan BBC iaitu Match of the Day turut melaporkan ketibaan pemain berusia 19 itu.

Perkara itu nyata menggembirakan penyokong bola sepak Indonesia dengan mereka masih sempat mencuit kepada pendukung Malaysia. Menurut mereka, penyokong Harimau Malaya cemburu melihat bintang mereka beraksi di Eropah.

Malah, ada yang pertikai yang bintang muda negara, Arif Aiman masih beraksi di Malaysia walaupun sering dikaitkan dengan perpindahan ke liga luar.

"Macam mana negara Asia Tenggara lain tidak cemburu melihat perpindahan ini? Mereka akan kata skuad Indonesia dibarisi pemain Belanda (kerana faktor naturalisasi). Mereka tak tengok pula pasukan Malaysia dan Filipina yang ada skuad 'kebangsaan' sebenar," kata penyokong Indonesia bernama Mastaf Mitsubishi.

"Walaupun Malaysia mempunyai dua pemilik kelab di England tapi masih belum kedengaran pemain Malaysia diberikan laluan beraksi di England. Lucu apabila melihat jiran tetangga semuanya iri hati," komen Paksu Iwan.

"Yang gelakkan perkara ini adalah dua negara iaitu Malaysia dan Vietnam. Sumpah dua negara ini sentiasa cemburu," ujar seorang lagi penyokong Indonesia, Saiful Iqmal. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram