ACL2: Selangor diundi bertemu gergasi Korea Selatan, Thailand


  • Podium
  • Jumaat, 16 Ogos 2024

Selangor bakal ke Korea Selatan, Thailand dan Filipina untuk tugasan Asia mereka.

WAKIL Malaysia di Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2), Selangor FC diundi berdepan lawan seimbang dalam undian yang dibuat di Hotel Intercontinental, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Skuad kendalian Nidzam Jamil diletakkan dalam kumpulan H bersama-sama Jeonbuk Hyundai Motors (Korea Selatan), Muangthong United (Thailand) dan Dynamic Herb Cebu (Filipina).

Keputusan undian itu pastikan akan memberikan cabaran yang menarik buat Selangor dalam misi mendapatkan kejuaraan di Asia.

BACA LAGI: Persib Bandung, jaguh dari Korea dan Singapura boleh jadi lawan ideal Selangor di Asia

BACA LAGI: Tiada venue lain, MBPJ kekal jadi rumah Selangor untuk ACL2 — CEO

Di atas kertas, Selangor dijangka bakal bersaing hebat dengan Muangthong dalam misi menjadi kelab kedua terbaik memandangkan Jeonbuk pastinya menjadi pilihan untuk menjadi juara kumpulan.

Dengan skuad sedia ada, pastinya Nidzam mahu memberikan segalanya dan memastikan Selangor meninggalkan impak mereka pada pertandingan tersebut.

Bagi penyokong pula, undian itu dilihat mesra poket kerana mereka tidak perlu terlalu jauh untuk 'awayday'.

Penyokong Selangor akan dua kali 'awayday' ke negara Asia Tenggara iaitu Thailand dan Filipina serta perlu sekali sahaja ke Asia Timur iaitu Korea Selatan.

Berikut merupakan undian penuh peringkat kumpulan ACL2:

Zon Barat

  • Kumpulan A: Al Warkah (Qatar), Tractor (Iran), Mohun Bagan (India), FC Ravshan (Tajikistan)
  • Kumpulan B: Al Taawoun (Arab Saudi), Air Force (Iraq), Al Khadiya (Bahrain), Altyn Asyr (Turkmenistan)
  • Kumpulan C: Sepahan (Iran), Nasaf (Uzbekistan), Istikol (Tajikistan), Al Wehdat (Jordan)
  • Kumpulan D: Shahbab Al Ahli (Emeriah Arab Bersatu), Sharjah (Uzbekistan), Al Hussein (Jordan), Kuwait SC (Kuwait)

Zon Timur

  • Kumpulan E: Sanfrecce Hiroshima (Jepun), Sydney FC (Australia), Kaya Iloilo (Filipina), Eastern (Hong Kong)
  • Kumpulan F: Zhejiang (China), Port FC (Thailand), Lion City Sailors (Singapura), Persib Bandung (Indonesia)
  • Kumpulan G: Bangkok United (Thailand), Nam Dinh (Vietnam), Lee Man (Hong Kong), Tampines Rovers (Singapura)
  • Kumpulan H: Jeonbuk Hyundai Motors (Korea Selatan), Selangor (Malaysia), Muangthong United (Thailand), Dynamic Herb Cebu (Filipina) — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram