PERSEMBAHAN pesilat, Muhammad Nur Johan Arif Zubaidillah di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 sempat mencuri tumpuan umum.
Johan Arif yang mewakili negeri Perak dalam acara Pencak Silat bagi kategori solo kreatif berjaya memukau penonton yang turut hadir menyaksikan acara tersebut.
Pesilat yang berusia 20 tahun itu menampilkan persembahan luar biasa di Stadium Bandaraya, Miri, Sarawak itu.
BACA LAGI: [VIDEO] Fans Borneo bersaudara, sama-sama nyanyi lagu Bekikis Bulu Betis ketika Sabah tewaskan Sarawak raih emas takraw SUKMA
Menerusi satu hantaran video yang dikongsikan di Facebook itu, Johan Arif tampil dengan pergerakan bunga silat yang memukau dengan ekspresi muka yang membangkitkan suasana gelanggang menjadi gerun.
Meninjau ruangan komen, rata-rata warga maya memuji persembahan yang ditampilkan pesilat Perak itu.
"Ni kalau tengok depan-depan lagi mantap ni, seram tengok pandangan mata dia," kata Muhd Akmal.
"Terlebih feel ni, siap make up," kata Ahmad Maslan.
"Seram tengok mata dia, persembahan tu memang dah memukau," kata Muhammad Ali.
"Bestnya dia, suka tengok, tak over dan persembahan yang memukau," Yusuf Yusafa Yunos.
Begitupun, tidak kurang juga ada yang mengkritik persembahan Johan Arif yang dilihat mencampuradukkan budaya Malaysia dengan luar.
"Silat tersilap ni, campur aduk elemen luar, kalau persembahan daripada anak-anak tadika okaylah, ini taraf kebangsaan, makin parah," kata Johana Johari.
"Dah macam konoha pulak aku tengok, adakah authentic silat sebegitu? Tapi bagi aku ni ibarat macam koreografi saja. Dah cikgu dia plan macam tu dekat dia, dia execute dan deliver saja. Tak nampak lelaki dan silat kat situ," kata Rafiq Azizan.
"Sepatutnya lestarikan budaya silat kita, apa hal main silat Konoha?," kata Kim Gam-Pang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram