SUKMA 2024: Pelari pecut Selangor raih emas, pecahkan rekod 16 tahun


  • Podium
  • Isnin, 19 Ogos 2024

Nur Afrina mengibarkan bendera Selangor selepas meraih pingat emas dalam kategori pecut 100 meter wanita. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

PELARI pecut Selangor Nur Afrina Batrisyia Mohd Rizal mencipta nama sendiri apabila meraih kejayaan berganda dalam acara 100 meter wanita akhir pada Isnin.

Selain menepati ramalan merangkul pingat emas, atlet berusia 19 tahun tersebut turut memecahkan rekod temasya Sukan Malaysia (SUKMA) menerusi catatan masa 11:64 saat.

Ini sekali gus menyaksikannya memperbaiki rekod dicipta peserta dari Johor, Siti Fatimah yang mengambil masa 11.82 saat ketika edisi 2008 di Terengganu.

BACA LAGI: [VIDEO] Main rally panjang, atlet badminton Borneo bagai bersaudara, 'luang masa' di gelanggang SUKMA

BACA LAGI: Shahrul Saad jadi idola, resipi rahsia bek tengah bantu Perak mara ke suku akhir SUKMA

Pingat perak pula menjadi milik pelari Terengganu, Izzatul Musfirah Ahmad menerusi catatan 11.90s, manakala pelari tuan rumah, Ormilla Octavia Codday pula di tempat ketiga menerusi catatan 12.19s.

Kemenangan Nur Afrina itu menyaksikan Selangor kini berada di kedudukan kelima carta kutipan pingat dengan 10 emas, 19 perak dan 16 gangsa diraih setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram