[VIDEO] Fans Borneo bersaudara, sama-sama nyanyi lagu Bekikis Bulu Betis ketika Sabah tewaskan Sarawak raih emas takraw SUKMA


  • Podium
  • Sabtu, 17 Ogos 2024

Pasukan sepak takraw wanita Sabah ternyata sukar dicabar apabila mengesahkan pingat emas menjadi milik mereka selepas menewaskan Sarawak 3-0. — Facebook

DENDANGAN lagu Iban Bekikis Bulu Betis yang berkumandang di Stadium Muhibah, Sarawak mengiringi kemenangan pasukan wanita Sabah yang menuai pingat emas dalam aksi final sepak takraw wanita berpasukan Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak XXI 2024.

Dalam aksi yang berlangsung pada Jumaat itu menyaksikan pasukan wanita sepak takraw Sabah memberikan kejayaan cukup cemerlang sepanjang dua hari pertandingan dengan menyumbang pingat emas untuk Sabah.

Pasukan Sabah berjaya melakar sejarah dengan menewaskan Sarawak 3-0 yang berpuas hati dengan meraih pingat perak.

BACA LAGI: Pernah raih 2 pingat emas SUKMA, perasaan ejen hartanah 'membuak-buak' kembali ke trek

BACA LAGI: [VIDEO] Cantona memang ‘luar biasa’, bikin hos terpinga-pinga sebelum aksi Man United-Fulham

@gereksss abg jo padah, mun gold dpt RM15k #sukma2024 #sukma2024 #sabah #borneo ♬ bunyi asal - Pak_unggai

Menariknya aksi yang mempertemukan pasukan Borneo itu, penyokong bagi kedua-dua pasukan dilihat saling memberi kerjasama dengan mendendangkan lagu popular Iban iaitu Berkikis Bulu Betis.

Menerusi satu video yang tular di media sosial, kedua-dua penyokong Borneo itu bersama-sama mendendangkan lagu popular berkenaan ketika perlawanan akhir sepak takraw tersebut.

Manisnya aksi tersebut, penyokong-penyokong berkenaan berjaya mencuri tumpuan warga maya yang menggambarkan keindahan pasukan Borneo.

Meninjau ruangan komen, rata-rata warga maya berbangga dengan momen manis tersebut.

"Sabah Sarawak kan memang adik beradik. Sarawak tidak akan biarkan Sabah ketinggalan. Sabah akan follow Sarawak tidak lama lagi," kata John Morusin.

"Tetap macam adik beradik,mana-mana jumpa, tak kenal tapi bila lagu Borneo terus macam saudara," kata Lya Ejol.

"Sabah sarawak, satu Borneo, satu keluarga, begitulah kalau jumpa saudara jauh," kata Onsylmus Lingkong. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram