SUKAN Malaysia (SUKMA) kali ini menyaksikan ribuan atlet bersaing demi mengharumkan nama negeri masing-masing di samping membuktikan kebolehan mereka di peringkat kebangsaan.
Tumpuan sudah diberikan kepada juara edisi lalu, Johor dengan misi besar diletakkan Majlis Sukan Negeri (MSN) untuk menyaksikan mereka mengekalkan kedudukan itu.
Namun, setakat lima hari temasya, negeri Selatan tanah air berkenaan masih bergelut untuk meneruskan legasi terdahulu apabila hanya berada di kedudukan kelapan.
BACA LAGI: Rezeki turun 'friendly', bintang muda futsal Selangor kini 'terbang' ke Sarawak
BACA LAGI: SUKMA 2024: Bintang kelab MPFL anggap tuan rumah, Pulau Pinang pencabar utama futsal Selangor
JDT menjulang MPFL selepas satu musim yang cukup cemerlang.
Lebih mengejutkan lagi, skuad futsal Johor juga bergelut untuk meneruskan legasi dimiliki Johor Darul Ta'zim (JDT) yang menjuarai Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL) baru-baru ini.
Kekalahan ketiga berturut-turut dialami iaitu kepada Selangor, Perak dan Pahang menyaksikan mereka tidak mengumpul sebarang mata selepas tiga perlawanan.
Prestasi itu sudah tentu menyukarkan lagi harapan skuad itu untuk mara ke pusingan seterusnya, apatah lagi untuk membawa pulang pingat dari acara berkenaan.
Masalah tersebut sememangnya memberi kesan terhadap penyokong Johor yang mengharapkan skuad futsal negeri dapat memberikan tentangan dalam temasya SUKMA di Sarawak tahun ini.
"Pihak pengurusan perlu jelaskan kenapa futsal Johor begitu teruk sekali di SUKMA ini? Kalah menang itu adat pertandingan, tetapi netizen tak faham jadi pengurusan kena fahamkan.
Misi sukar dipikul skuad futsal Johor untuk layak ke pusingan seterusnya. — Faceboook/JFDP
"Bawa nama Johor maksudnya kena setanding dengan JDT. Kalau pergi sekadar cukupkan syarat, ini sesuatu yang tidak boleh diterima," kata Mohanep Parman.
"Inilah sebabnya terlalu bergantung pada bakat luar sehingga anak jati sendiri terabai. Inilah hakikat sebenar," kata Faiz Haziq Fauzi.
"Semasa pertandingan liga futsal Johor sebelum ini, katanya asal Johor sahaja boleh main. Akhirnya, ada daerah lain pakai budak luar dari johor. Dari situ terus ambil budak-budak ini sehingga anak jati Johor tak dipandang langsung," kata Azrul Nizam Aziz.
Selepas ini, skuad futsal Johor akan berdepan tuan rumah, Sarawak dalam pertandingan dijadualkan pada pukul 8 malam Jumaat dengan misi untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata.
Tetapi, objektif itu seakan-akan sukar untuk dicapai memandangkan lawan mereka itu berada di kedudukan kedua dengan satu kemenangan dan satu keputusan seri berjaya direkodkan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram