KELAB Liga Super, Selangor FC bakal menyertai aksi piala jemputan iaitu Piala Sultan Selangor (PSS) berdepan skuad Pilihan Singapura pada 17 Ogos di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Ia merupakan salah satu tradisi untuk menghidupkan semula permusuhan antara Selangor dan Singapura yang sering menguasai bola sepak Malaysia satu ketika dulu.
Walaupun ramai teruja untuk menyaksikan perlawanan tersebut yang diadakan di stadium bersejarah negara, terdapat kerisauan mengenai situasi semasa skuad Selangor.
BACA LAGI: Piala Sultan Selangor: 3 legenda Singapura sanggup datang lawan Gergasi Merah
BACA LAGI: Diundi bersama Kawasaki Frontale, ‘ubi muda’ Selangor bakal nikmati apa skuad elit JDT rasa
Ia disebabkan sebelum ini, tular sebuah gambar ketua pasukan iaitu Safuwan Baharudin yang berbalut selepas perlawanan Liga Super bertemu Sabah FC.
Ia menimbulkan kerisauan dalam kalangan penyokong dengan dia dijangka tidak dapat beraksi pada PSS menentang rakan-rakan senegaranya.
Lebih perit, perlawanan seterusnya adalah aksi akhir Piala FA bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 24 Ogos.
Melihat kepada situasi tersebut, penyokong Selangor meminta pengurusan untuk 'jaga kaki' para pemain. Ia bermaksud mereka meminta pengurusan untuk tidak menurunkan skuad utama bertemu Pilihan Singapura.
"Ingat minggu depan ada perlawanan lagi penting, guna pemain muda je untuk aksi ini," kata penyokong Selangor bernama Alif Helmi.
"Jaga kaki oi. Bagi pemain Selangor II beraksi pun tak apa," ujar Rahmat Reza.
"Bagi peluang pemain yang jarang main beraksi," komen Mohd Afizzudin.
Untuk PSS kali ini, Pilihan Selangor membawa sepenuhnya skuad Gergasi Merah tanpa melibatkan mana-mana pemain jemputan seperti dilakukan sebelum ini.
Bagi Pilihan Singapura pula, beberapa nama yang pernah beraksi di Malaysia seperti Faris Ramli, Madhu Mohana serta bintang Liga Singapura iaitu Glenn Kweh akan membarisi pasukan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram