Masa sudah tamat untuk Tomi, Terengganu boleh lamar Bojan Hodak sebagai pengganti


  • Podium
  • Khamis, 15 Ogos 2024

Masa untuk Tomislav Steinbruckner bersama Terengganu dianggap sudah berakhir. — Terengganu FC

TANPA disedari, gelora sedang melanda kem Terengganu FC apabila sudah mula timbul dari sebelah penyokong cakap-cakap kurang enak terhadap jurulatih mereka iaitu Tomislav Steinbruckner.

Hal itu dapat dilihat apabila terdapat suara-suara penyokong skuad Penyu yang mahukan pengendali, Tomislav Steinbruckner berundur daripada jawatannya sebagai jurulatih.

Tekanan semakin memuncak dalam kalangan penyokong Terengganu yang berasakan Steinbruckner bukanlah orangnya walaupun skuad Penyu sedang menduduki kedudukan tiga teratas Liga Super.

BACA LAGI: Beri 3 lagi peluang atau kembalikan Tomislav ke posisi asal — Legend Peteh

BACA LAGI: Pemain utama kurang sengat, trio simpanan balas kepercayaan Tomislav

453434705_484761927598580_2662518386485538613_n

Tomislav Steinbruckner

Desakan itu mula kuat apabila Terengganu terlepas tempat ke perlawanan akhir Piala FA apabila mereka kalah kepada Selangor FC. Lebih mengecewakan, kekalahan itu hadir selepas Terengganu mendahului pada aksi separuh akhir pertama.

Menurut penyokong Terengganu, Mohd Aiman, dia berasakan sudah tiada apa boleh dilakukan oleh Steinbruckner di Terengganu dan dia mahu pengendali dari Croatia itu berundur segera.

"Pada saya, Steinbruckner bukanlah orang (untuk mengendalikan Terengganu).

"Bagi saya, sudah tiada maaf bagi dia, tiada peluang lagi untuk dia. Sepatutnya dia sudah berundur sekarang," kata Aiman dalam program Duduk Sembang terbitan Majoriti.

Melihat masa Steinbruckner sudah tamat, Aiman berasakan Terengganu perlu mencari pengganti baharu yang lebih berkaliber. Pilihannya adalah pengendali Persib Bandung iaitu Bojan Hodak.

Pernah melatih beberapa kelab di Malaysia, Hodak mempunyai pengalaman menjadi juara serta memahami landskap bola sepak tempatan.

Bojan-Hodak-e1657184280196

Bojan Hodak dianggap calon sesuai ganti Steinbruckner.

"Bagi saya, Terengganu memerlukan piala. Jadi, Bojan Hodak adalah orangnya. Pada saya, Hodak adalah jurulatih yang tidak mempunyai game (taktikal) tapi mampu berikan trofi.

"Lihat apabila dia membawa Kuala Lumpur City FC ke perlawanan akhir Piala AFC pada 2022, walaupun mereka kalah di perlawanan akhir tapi kita nampak, apabila bermain di Asia, setiap perlawanan disertai akan memberikan wang dan itu bagus untuk pendapatan kelab.

"Seperkara lagi, Hodak juga sudah lama dalam bola sepak Malaysia, dia faham landskap bola sepak kita macam mana selain mampu membawa pulang piala," ujar Aiman.

Saksikan Duduk Sembang berceritakan mengenai desakan Steinbruckner untuk berundur dari Terengganu secara langsung di Facebook dan TikTok Live pada 16 Ogos pukul 8.30 malam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram