'Tak guna VAR, Pestabola Merdeka kena lebih profesional, jaga reputasi'


  • Podium
  • Rabu, 14 Ogos 2024

Sistem VAR tidak akan membuat kemunculan pada Pestabola Merdeka. — FAM

KEJOHANAN jemputan, Pestabola Merdeka anjura Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) edisi 2024 akan diadakan pada September ini sewaktu tempoh bola sepak antarabangsa diadakan.

Malaysia, Filipina, Tajikistan dan Lubnan akan bertarung untuk merebut piala tersebut dengan Harimau Malaya cuba untuk merampas gelaran itu semula.

Namun begitu, kejohanan tersebut berdepan kesukaran apabila berdepan tindakan boikot daripada penyokong yang tidak berpuas hati dengan situasi semasa bola sepak negara.

BACA LAGI: Aksi ranking FIFA, FAM harap Ultras fikir semula boikot Pestabola Merdeka 2024

BACA LAGI: Lepas ultras Pahang, Sabah 'join' boikot Pestabola Merdeka, hanya BOS sandaran beri semangat untuk HM

var-afcc

Sistem VAR tidak akan dipakai pada Pestabola Merdeka 2024. — FAM

Tidak cukup dengan itu, kejohanan tersebut menerima satu lagi perhatian daripada penyokong selepas FAM mengatakan Pestabola Merdeka tidak menggunakan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR).

Hal ini kerana, Naib Presiden FAM, Mohd Firdaus Mohamed menjelaskan keputusan tersebut dilakukan selepas pelbagai pertimbangan dilakukan.

Akan tetapi, FAM mengesahkan yang ia akan tetap menggunakan khidmat pengadil daripada luar untuk memastikan prestij kejohanan terjaga.

Melihat kepada keputusan tersebut, ternyata ia mengundang reaksi daripada penyokong yang mengharapkan VAR akan dipakai kerana ia akan menjadikan reputasi Pestabola Merdeka lebih terjaga.

"Pertandingan jemput pasukan luar pastikan ada VAR, sebagai penganjur kena ada reputasi, kena lebih profesional," kata penyokong bernama Rameshkumar Thangavello.

"Guna sajalah, benda sudah ada. Takut kalah ke? Pengadil dan penganalisis VAR mesti orang luar Malaysia," komen Sahrun Caun.

"Hahaha perlawanan antarabangsa kenalah pakai VAR. Tunjuklah profesional sikit," ujar Amer Acik.

Malaysia akan berdepan Filipina pada 4 September sebelum beraksi sama ada dalam aksi penentuan tempat ketiga atau perlawanan akhir pada 8 September. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram