MASALAH ketumpulan di bahagian serangan kelab Liga Super, Penang FC membuatkan mereka perlu membuat sesuatu pada jendela perpindahan kedua.
Hal ini kerana, ketumpulan barisan serangan membuatkan skuad kendalian Akmal Rizal sering kempunan untuk mendapatkan tiga mata dengan mereka berada di tempat ketujuh selepas lapan perlawanan.
Disebabkan itu, Penang dilaporkan sedang memburu seorang penyerang dari Australia bagi menyelesaikan isu tersebut.
BACA LAGI: 'Perjalanan masih jauh', Akmal Rizal pesan skuad Penang kena kerja lebih kuat
BACA LAGI: Gol Neto-Rodrigo tidak cukup kuat buat Penang, gagal bawa pulang 3 mata dari bumi Kuching
Menurut siaran pemerhati sukan tempatan, T. Avineshwaran di laman X (Twitter) miliknya, Penang dilaporkan sedang berusaha membawa pemain Australia Dylan Wenzel-Halls yang berusia 26 tahun.
"Penang dilaporkan sedang memerhatikan khidmat pemain serangan Australia iaitu Dylan Wenzel-Halls. Pemain berusia 26 tahun itu boleh beraksi sebagai penyerang dan pemain sayap," kata Avinesh.
It is learnt Penang are monitoring the services of Australian attacker Dylan Wenzel-Halls. The 26-year-old can play as a striker and winger. He currently plays for A-League side Central Coast Mariners. pic.twitter.com/lFaP99tCmS
— T. Avineshwaran (@avineshW90) August 13, 2024
Wenzel-Halls kini beraksi untuk kelab A-League, Central Coast Mariners yang pernah berdepan Terengganu FC dalam saingan Piala AFC musim lalu.
Dengan saingan A-League musim baharu hanya akan bermula pada Oktober, ini adalah masa terbaik untuk Penang membawa Wenzel-Halls ke Stadium Bandaraya.
Musim lalu, Wenzel-Halls sekadar melakukan sembilan penampilan di seluruh kejohanan bersama CCM dengan pemain itu cuma menghasilkan dua gol. Dua gol itu hadir ketika CCM berdepan wakil Filipina iaitu Stallion Laguna.
Wenzel-Halls mempunyai rekod baik dalam kariernya apabila sudah merangkul tiga gelaran liga di Australia sambil memenangi Piala AFC musim lalu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram