Beri 3 lagi peluang atau kembalikan Tomislav ke posisi asal — Legend Peteh


  • Podium
  • Jumaat, 09 Ogos 2024

Tekanan penyokong Terengganu untuk Steinbruckner dilepaskan semakin kuat.

SUDAH muncul desakan-desakan untuk pengendali Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner dikeluarkan daripada tugasnya sebagai jurulatih oleh penyokong.

Hal ini kerana, mereka berpendapat skuad Terengganu tidak sekompetitif yang diharap dengan mereka sudah gagal untuk mara ke aksi akhir Piala FA.

Tewas kepada Selangor FC di separuh akhir selepas mendahului pada perlawanan pertama jelas mengundang kemarahan penyokong dan mereka mahukan dia pergi.

BACA LAGI: Hilang khidmat Ivan Mamut, peluang Safawi Rasid curi hati Tomislav Steinbruckner

BACA LAGI: Terengganu nafi khabar angin Tomislav Steinbruckner meninggal dunia

Menurut legenda bola sepak Terengganu, Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Noor, dia berpendapat sama seperti para penyokong yang berasakan sudah tiba masa untuk Steinbruckner disisihkan.

"Memang bagi saya Steinbruckner tidak sesuai lagi bersama dengan Terengganu FC.

"Dia perlu direhatkan selepas kalah kepada Selangor. Gol-gol yang mereka boloskan adalah daripada situasi set-play dan mereka memboloskannya dua kali. Ini amat tidak masuk akal," kata Che Ku Marzuki kepada Majoriti.

453740563_484792070928899_7464772609176899991_n

Terengganu boleh memberikan kepercayaan kepada Badrul Razali sebagai pengendali sementara jika Steinbruckner direhatkan.

Walaupun mengakui sisi positif Steinbruckner adalah seorang jurulatih yang tidak gemar menyalahkan pemainnya terutamanya secara terbuka, Che Ku Marzuki tetap berasakan masanya bersama Terengganu sudah tamat.

Mungkin terlalu besar kosnya untuk menamatkan kontrak pengendali dari Croatia itu, Che Ku Marzuki mencadangkan agar Terengganu merehatkannya daripada tugas jurulatih dan menyerahkan perkara itu kepada pembantunya iaitu Badrul Razali.

"Mula-mula rehatkan dia dan beri Badrul kendalikan perlawanan Terengganu dalam tiga aksi. Jika berjaya, boleh fikir untuk pecat Steinbruckner.

"Atau pun boleh kembalikan dia ke jawatan pengarah teknikal kerana itu adalah jawatan asalnya sewaktu tiba di Terengganu," cadang Che Ku Marzuki. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram