Liverpool-Arsenal senasib, dua-dua kempunan sambar bintang Euro Sepanyol


  • Podium
  • Khamis, 15 Ogos 2024

Mikel Merino menjadi buruan Arsenal selepas kempen Euro 2024. — Agensi

SELEPAS melihat Liverpool kempunan mendapatkan bintang Sepanyol iaitu Martin Zubimendi, satu lagi kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Arsenal dijangka mengalami nasib serupa.

Hal ini kerana, The Gunners yang juga dalam misi untuk menguatkan barisan sedia ada bagi memastikan gelaran EPL menjadi milik mereka selepas bergelar naib juara musim lalu.

Akan tetapi, usaha tersebut mungkin tergendala kerana bidaan mereka ditolak.

BACA LAGI: Dikecewakan arkitek Sepanyol, Liverpool lega Luis Diaz tak jadi pergi Manchester

BACA LAGI: Dikaitkan dengan bintang Euro Sepanyol, pengurus Liverpool enggan beri harapan palsu

Selepas Liverpool terlepas Zubimendi yang beraksi untuk Real Sociedad, Arsenal juga mengalami nasib sama apabila cuba mendapatkan rakan sepasukannya iaitu Mikel Merino.

Merino yang merupakan salah seorang bintang Euro 2024 Sepanyol bersama-sama Zubimendi, cuba dilamar oleh Arsenal dengan nilai bidaan sebanyak €25 juta (RM122 juta) tetapi ia ditolak kelab La Liga itu.

mikel-merino-real-sociedad

Bidaan pertama Arsenal untuk Merino ditolak Sociedad. — Agensi

Sociedad dikatakan mahukan tawaran yang lebih lumayan dengan mereka meminta Arsenal membayar yuran perpindahan sekitar €35 juta (RM170 juta).

Pegawai Arsenal yang diketuai pengarah sukannya iaitu Edu Gaspar dikatakan sudah berada di Sepanyol untuk melakukan rundingan secara terus dengan Sociedad bagi mendapatkan Merino.

Merino dilaporkan sudah bersetuju untuk menyertai Arsenal dengan segala terma peribadi dipersetuju oleh kedua-dua pihak. Hanya nilai perpindahan masih belum menemui kata sepakat oleh kedua-dua kelab.

Sociedad masih berharap Merino akan kekal bersama mereka walaupun kontraknya sudah tinggal setahun. Mereka ada menawarkan lanjutan tetapi Merino menolaknya.

Merino dilihat benar-benar mahu kembali ke England selepas pernah bermain untuk Newcastle United pada 2017. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram