Bapa Nidza Afham rupanya guru besar sekolah projek bola sepak, legenda TBG ucap takziah


  • Podium
  • Khamis, 15 Ogos 2024

Mayat Nidza Afham ditemukan di bawah Jambatan Sungai Klang selepas sehari dia dilaporkan hilang ketika berjoging di kawasan sekitar.

PEMERGIAN Allahyarham Nidza Afham membawa satu kejutan cukup hebat apabila lelaki berkenaan yang hilang disyaki ada kaitan kes samun, kemudian ditemukan maut dalam keadaan tragis di Sungai Klang, Selangor.

Meskipun punca kematian masih belum dikenal pasti, terdapat spekulasi mengatakan mangsa terlibat dalam kes samun dengan barangan peribadi termasuk telefon bimbit miliknya berada berhampiran.

Berita itu kemudiannya hangat diperkatakan sehingga orang ramai tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat buat keluarga arwah di media sosial.

BACA LAGI: 'Hajat nak kahwin tak kesampaian', ramai sebak baca pendedahan adik Nidza Afham

BACA LAGI: Penyanyi hilang lepas joging, famili hanya jumpa telefon dan dompet di jambatan Sungai Klang

2630290

Khalid Jamlus terus terlibat aktif dalam dunia bola sepak tempatan.

Malah, perkhabaran tersebut nampaknya turut diterima legenda bola sepak negara, Khalid Jamlus yang mengutuskan ucapan takizah kepada bapa Allahyarham, Mohammad Mokhtar Mahmud.

Dalam satu hantaran di akaun Facebook peribadinya, bekas pemain The Bos Gaurus (TBG) itu mendoakan bapa arwah supaya kekal tabah dan cekal dalam menerima ujian tersebut.

"Assalamualaikum. Salam takziah buat guru besar Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Jaya di atas kehilangan anak tersayang.

"Kami dari pengurusan Soccer Ace Football Club dan cawangan Soccer Ace TTDI Jaya amat berduka cita dengan kejadian ini. Semoga rohaniah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah," katanya.

WhatsApp Image 2024-08-15 at 1.12.39 PM

Tangkap layar daripada ucapan takziah Khalid Jamlus kepada bapa Allahyarham.

Berdasarkan perkongsian di media sosial, SK TTDI Jaya merupakan lokasi utama Soccer Ace TTDI Jaya menjalankan kelas dan latihan, terutamanya pada hujung minggu.

Didaftarkan di bawah Pesuruhjaya Sukan (PJS), Soccer Ace memiliki 22 cawangan sekolah yang aktif di sekitar Selangor, Perak, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan serta bertindak sebagai sekolah projek.

Ketika ini, Khalid Jamlus mula menceburkan diri dalam dunia pengurusan bola sepak kerana dia turut menguruskan kelab Liga A1 Semi Pro, Putrajaya Athletics.

Ini bukanlah kali pertama bekas penyerang itu mengambil langkah sedemikian kerana beberapa musim lalu, dia pernah terlibat dengan Harini FT yang juga merupakan kelab semi profesional dalam negara.

Jadi, tidak hairanlah apabila pengalamannya dalam sukan berkenaan terus ditagih dengan kepakarannya amat dihargai di Soccer Ace bagi mengasah bakat muda.

Berdasarkan perkembangan terkini, Allahyarham Nidza akan dikebumikan di Puncak Alam, Selangor selepas urusan bedah siasat selesai dibuat di Hospital Shah Alam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram