REKOD pertahanan Manchester United boleh dikatakan kurang memberangsangkan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) 2024/25 selepas mereka dibolosi sebanyak 58 kali.
Meskipun catatan itu bukanlah yang tercorot dalam kalangan 10 pasukan teratas, ia masih boleh dianggap satu masalah yang perlu diselesaikan menjelang musim baharu.
Jadi, dengan jendela perpindahan Eropah sudah dibuka, pihak pengurusan kelab pasti akan mencari jalan terbaik dengan membawa masuk wajah baharu di posisi berkenaan.
BACA LAGI: Tamatkan spekulasi, Ten Hag kekal bersama Manchester United
BACA LAGI: [VIDEO] Tak tahan kena maki, bintang pinjaman Manchester tunjuk isyarat lucah ke fans sendiri
Leny Yoro meraih perhatian selepas beraksi dengan cemerlang buat Lille.
Usaha berkenaan seakan-akan hampir menemui titik noktahnya selepas khabar angin mengatakan Manchester United hampir menandatangani bek berusia 18 tahun, Leny Yoro dari pasukan Perancis, Lille.
Pemain yang dianggap bakat baharu dalam dunia bola sepak itu sememangnya sudah menarik perhatian ramai dengan gergasi Sepanyol, Real Madrid merupakan antara yang berminat.
Manakan tidak, kehadirannya dalam pasukan berkenaan musim lalu menyaksikan mereka hanya dibolosi sebanyak 34 kali dengan ia adalah antara catatan terbaik dalam Ligue 1 2023/24.
Selain itu, persembahannya yang cukup matang membuatkannya sebagai antara prospek terhangat ketika ini dengan masih terdapat ruang bagi penambahbaikan.
Bagaimanapun, dengan Manchester United amat terdesak dalam mengukuhkan lagi barisan pertahanan mereka, juara 13 kali EPL itu mengambil keputusan membuat pelaburan besar-besaran.
Martinez merupakan antara yang berdepan isu kecederaan musim lalu.
Menurut laporan terkini, skuad The Red Devils sanggup melabur sehingga £50 juta (RM253.8 juta) untuk mendapatkan Yoro musim depan.
Keputusan itu menimbulkan persoalan memandangkan pemain berdarah Perancis berkenaan masih terlalu muda untuk menerima pelaburan sedemikian.
Tidak cukup dengan itu, semakan di laman sesawang mendapati kontraknya bersama Lille akan berakhir pada musim panas 2025, sekali gus membolehkan mana-mana pasukan membawanya masuk secara percuma.
Namun, benteng pertahanan Manchester United yang terlalu rapuh musim lalu mendesak keputusan itu dibuat meskipun ia pasti memberi kesan terhadap perbelanjaan mereka pada jendela perpindahan ini.
Selain itu, masalah kecederaan dialami rata-rata pemain pertahanan, seperti Lisandro Martinez dan Raphael Varane akan membolehkan Yoro beraksi dengan agak kerap, terutamanya dalam saingan Liga Europa UEFA (UEL). — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram