PERJALANAN Malaysia di Sukan Olimpik 2024 tidak menghasilkan sebarang pingat emas seperti diimpikan. Namun begitu, kita berjaya membawa pulang dua pingat gangsa menerusi acara badminton.
Kegagalan kontinjen negara mendapatkan emas nyata menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakyat Malaysia.
Rata-ratanya menjadikan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Norza Zakaria dan Chief de Mission Malaysia ke Sukan Olimpik 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin sebagai sasaran kritikan.
BACA LAGI: Jika ada seseorang yang sedang kecewa, dialah orangnya — Nicol David
BACA LAGI: Saya akan jaga kebajikan Azizul — Hannah Yeoh
Akan tetapi, timbul persoalan, siapakah yang layak untuk menggantikan Hamidin sebagai CDM Malaysia di Sukan Olimpik akan datang?
Di laman X (Twitter), pemilik akaun @thevesh menyatakan yang Timbalan Chief de Mission Malaysia ke Sukan Olimpik 2024, Datuk Nicol David merupakan seorang yang layak untuk mengetuai badan tersebut.
Make @NicolDavid our Olympic Chief today man.
She's Malaysia's greatest ever sportsperson. 8x world champion, and would have won 3 Olympic golds if squash had been Olympic sport.
She knows better than any bureaucrat what's behind the scenes.
And you can see - she truly cares. https://t.co/wixjtNG88X
— Thevesh (@Thevesh) August 12, 2024
Sebagai bekas atlet sendiri dan juga juara dunia, Nicol benar-benar memahami mengenai sepak terajang dunia sukan dan pastinya dia tahu apa yang perlu dibuat untuk menjadikan Malaysia jaguh sukan.
"Jadikan Datuk Nicol David ketua Olimpik kita hari ini," katanya.
"Dia adalah atlet terbaik Malaysia. Lapan kali juara dunia dan mungkin akan ada tiga pingat emas Sukan Olimpik jika skuasy merupakan acara temasya itu.
"Dia lebih tahu mengenai apa yang berlaku di belakang tabir berbanding birokrat yang ada. Dan anda boleh lihat sendiri, dia benar-benar ambil tahu."
Komen itu dibuat selepas Nicol mengatakan yang dia mahu membantu membina mentaliti elit dalam kalangan atlet sambil mengangkat mereka bila jatuh dan menjulang saat berada di podium.
Dengan dia disenangi oleh rakyat Malaysia sebagai ikon sukan, ia adalah cadangan berasas untuk menjadikan Nicol sebagai ketua Malaysia di Sukan Olimpik seterusnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram