Aksi ranking FIFA, FAM harap Ultras fikir semula boikot Pestabola Merdeka 2024


  • Podium
  • Jumaat, 09 Ogos 2024

Ultras merancang untuk memboikot Pestabola Merdeka. — Agensi

RENTETAN keputusan gerakan ultras, Ultras Malaya (UM) untuk memboikot Pestabola Merdeka anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada September ini mendapat perhatian badan induk bola sepak negara tersebut.

Dalam sebuah kenyataan dikeluarkan oleh FAM menerusi setiausaha agungnya, Datuk Noor Azman Rahman pada Jumaat, mereka mengingatkan ultras untuk menimbang semula untuk memboikot kejohahan jemputan itu.

Hal ini kerana, Pestabola Merdeka menawarkan mata ranking yang akan membantu Malaysia di kedudukan FIFA.

BACA LAGI: Lepas ultras Pahang, Sabah 'join' boikot Pestabola Merdeka, hanya BOS sandaran beri semangat untuk HM

BACA LAGI: Pestabola Merdeka 2024 mungkin sunyi, 3 Ultras negeri nekad boikot kejohanan FAM

27bf7714fdfbb3aec059ce79f4773ca8

Ultras Malaya disaran fikir semula sebelum tutup 'curva'. — Agensi

"FAM menyeru penyokong-penyokong Harimau Malaya yang lain, sama ada secara individu, keluarga atau berkumpulan supaya dapat kekal meneruskan sokongan mereka.

"Kami berharap mana-mana kumpulan penyokong sama-sama hadir ke Stadium Nasional, Bukit Jalil bagi memberikan sokongan dan semangat kepada pasukan dan para pemain Harimau Malaya pada 4 dan 8 September ini.

"Tambahan pula, Pestabola Merdeka 2024 ini berlangsung dalam Kalendar Perlawanan Antarabangsa FIFA iaitu dari 2 hingga 10 September 2024 dan sudah tentu ia menawarkan pungutan mata untuk kita terus memperbaiki kedudukan Malaysia dalam Ranking FIFA," ujar Noor Azman.

Sebelum ini, gerakan ultras merancang untuk memboikot kejohanan tersebut selepas kecewa dengan situasi semasa bola sepak tempatan membabitkan skuad kebangsaan dan liga tempatan.

Pestabola Merdeka kali ini menampilkan empat pasukan iaitu Malaysia, Filipina, Lubnan dan Tajikistan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram