[VIDEO] Terengganu mendunia, jersi 3 tahun lepas diangkat sebagai yang terbaik fans England


  • Podium
  • Khamis, 08 Ogos 2024

Skuad Sang Penyu memiliki rekaan jersi yang cukup baik beberapa tahun kebelakangan ini. — Facebook/Terengganu FC

KUALITI dan reka bentuk jersi kelab-kelab Liga Super sememangnya cukup mengagumkan beberapa tahun kebelakangan ini apabila ia beberapa kali dipakai peminat bola sepak dari luar negara.

Pasukan gergasi seperti Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC merupakan dua contoh terbaik apabila reputasi mereka sudah diketahui sekitar Asia.

Tetapi, masih sukar untuk kelab-kelab tempatan cuba menembusi pasaran di Eropah memandangkan terdapat lambakan pasukan yang memiliki reka bentuk jersi yang lebih menarik dan bergaya.

BACA LAGI: [VIDEO] Macam ada badi, ini 3 kali Terengganu tersekat di separuh akhir Piala FA

BACA LAGI: [VIDEO] Terengganu bakal terima tekanan hebat, 3 rekod cemerlang Selangor bila tiket 'sold out'

Namun, dalam satu video dimuat naik di Instagram Surprise Shirts baru-baru ini, seorang peminat bola sepak di England cukup tertarik dengan jersi Terengganu FC tiga tahun lalu.

Dia yang ketika itu mengenakan jersi klasik Coventry City kelihatan amat kagum dengan jersi ketiga skuad Sang Penyu yang sedikit berbeza dari segi pemilihan warna dan reka bentuk.

"Pada saya, jersi terbaik adalah jersi ketiga Terengganu FC pada 2021. Rekaan mengagumkan, pemilihan warna menarik serta logo istimewa yang bertukar warna berdasarkan keadaan sekeliling," katanya.

Pada musim berkenaan, jersi skuad Sang Penyu keluaran al-Ikhsan sememangnya cukup mengagumkan, termasuk jersi home dan away meskipun pasukan itu beraksi tanpa penyokong berikutan penularan wabak Covid-19.

Namun, legasi ditinggalkan masih kekal sehingga hari ini apabila jersi dari tahun berkenaan masih sering dipakai penyokong yang hadir untuk menyaksikan perlawanan pasukan.

Rekaan bergaya itu juga membawa lonjakan terhadap prestasi mereka di atas padang apabila mereka menamatkan saingan Liga Super di tangga keempat.

Selain itu, pasukan yang dikendalikan Nafuzi Zain ketika itu turut mara ke separuh akhir Piala Malaysia sebelum tewas kepada JDT, sekali gus menyaksikan penantian mereka untuk meraih kejuaraan berterusan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram