PERTEMBUNGAN cukup menarik bakal disajikan Selangor FC dan Terengganu FC dalam separuh akhir kedua Piala FA 2024 di Stadium MBPJ, Selangor pada Sabtu.
Kelebihan yang kini dimiliki skuad Sang Penyu masih belum cukup untuk mengesahkan tempat mereka dalam pentas final apabila mereka hanya meraih kemenangan 3-2 pada aksi separuh akhir pertama dua minggu lalu.
Kedudukan itu bakal membuatkan anak-anak buah Nidzam Jamil hanya memerlukan dua jaringan untuk mara menerusi kelebihan agregat dengan prestasi mereka di laman sendiri jarang mengecewakan.
BACA LAGI: Bekas import Kedah sah jadi ejen bebas, bakal kembali ke bumi Darul Aman?
BACA LAGI: Kedah ada peluang, tapi 'man to man' JDT tetap jadi pilihan ke final Piala FA
Enam kemenangan berturut-turut, termasuk dua dalam saingan Piala FA sedikit sebanyak menunjukkan peluang cerah dimiliki kelab Lembah Klang berkenaan ke pentas akhir.
Apatah lagi kelebihan itu hadir selepas pihak Selangor mengesahkan bahawa tiket perlawanan separuh akhir kedua itu habis dijual.
Ini akan memberikan tekanan hebat buat Terengganu selepas Selangor tidak pernah tewas dalam setiap perlawanan apabila tiket habis dijual.
Majoriti senaraikan tiga perlawanan Selangor yang berakhir dengan keputusan positif selepas Stadium MBPJ 'sold out'.
1. Selangor 1-0 Kedah Darul Aman
Lebih 10,000 penyokong membanjiri Stadium MBPJ menyaksikan perlawanan Liga Super 2024/25 antara Selangor FC menentang Kedah Darul Aman (KDA FC) pada 18 Mei lalu.
Jaringan tunggal Aliff Haiqal Lau pada penghujung babak kedua berjaya memastikan tiga mata berharga buat Gergasi Merah.
Dalam perlawanan itu, Selangor mengawal tempo permainan pada separuh masa pertama sehingga boleh dikira berapa banyak percubaan Sang Kenari ke arah gawang gol Gergasi Merah, mereka masih gagal menjaringkan gol.
Keputusan kekal 1-0 yang menyaksikan Selangor berjaya mengutip tiga mata pertama dalam aksi Liga Super minggu kedua itu.
2. Selangor 4-0 Negeri Sembilan
Selangor menjaringkan kesemua gol pada babak kedua untuk menumpaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) 4-0 pada aksi Liga Super 2024/2025 di Stadium MBPJ pada 26 Mei lalu.
Babak pertama menyaksikan pasukan tuan rumah tampil garang apabila mendominasi perlawanan dengan menghasilkan beberapa peluang.
Empat jaringan itu telah dihasilkan oleh Yohandry Orozco (dua gol), Ronnie Fernandez dan Reziq Banihani.
Kemenangan itu menyaksikan Selangor memperoleh tiga mata penuh untuk menduduki tangga keempat carta Liga Super minggu itu.
3. Selangor 1-2 Perak FC
Selangor menyekat kebangkitan Perak untuk meraih kemenangan 2-1 biarpun terpaksa beraksi dengan 10 pemain dalam perlawanan Liga Super padat aksi dan drama di Petaling Jaya pada 23 Jun lalu.
Dua gol daripada penyerang utama, Ronnie Fernandez, sudah cukup untuk memastikan tiga mata buat tuan rumah biarpun Azfar Fikri Azhar berhasil merapatkan kedudukan buat Perak menuju ke penghujung permainan.
Suhu perlawanan itu memuncak apabila pengadil, Zuhaidi Dzulkifli, melakukan semakan VAR sebelum melayangkan kad merah kepada tonggak tengah Selangor, Alex Agyarkwa, biarpun pemain itu kelihatan melakukan hantaran sebelum menerima terjahan Wan Zack Haikal Wan Noor. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram