Istimewanya No.16, Syihan Azmi antara 3 bintang utama pakai nombor jersi keramat


  • Podium
  • Rabu, 07 Ogos 2024

Syihan Hazmi antara pemain utama yang memakai jersi bernombor 16 dalam Liga Malaysia musim ini.

NOMBOR jersi antara elemen penting buat pemain bola sepak kerana ia mampu memberitahu dunia bahawa angka yang berada dibelakang jersi boleh membawa legasi tersendiri dalam karier individu itu.

Ia sama seperti Cristiano Ronaldo yang terkenal dengan jersi bernombor tujuh, manakala Lionel Messi pula sangat sinonim bersama angka 10.

Namun kadangkala ada pemain yang tidak kisah dengan nombor dibelakang mereka tetapi lebih tertumpu kepada prestasi semasa perlawanan.

BACA LAGI: Safawi-Akhyar masih yo-yo, Paulo Josue jadi pilihan bantu KL City bawa pulang 3 mata

BACA LAGI: Dikaitkan dengan pemain import bersara, Kelantan Darul Naim FC mahu rombak serangan pasukan?

Angka popular ialah tujuh, lapan, sembilan, 10 dan 11 sering diberi kepada pemain-pemain bintang pasukan untuk menunjukkan bahawa mereka adalah tunjang utama kelab yang diwakili.

Namun tidak semua pemakai nombor berkenaan mampu menghasilkan persembahan yang baik ketika beraksi di atas padang.

Dalam Liga Malaysia musim ini, nombor yang kerap menjadi kekuatan pasukan ialah pemain yang memakai jersi angka 16.

Malah pemain-pemain ini sudah pun membuktikan bahawa mereka antara pemain penting buat pasukan musim ini.

Dengan ini Majoriti senaraikan tiga pemain berjersi nombor 16 yang kini menjadi tunjang utama pasukan:

1. Ahmad Syihan Hazmi

Tidak boleh dinafikan lagi kepentingan Ahmad Syihan Hazmi dalam menjadi benteng terakhir Harimau Selatan musim ini selepas tampil dalam 10 perlawanan Liga Malaysia musim ini.

Pemain berusia 28 tahun itu telah dibolosi lima jaringan dalam dalam Liga Super dan Piala FA.

Walaupun beraksi sebagai penjaga gol, Syihan antara individu yang bertanggungjawab untuk memberi peluang pasukan lawan menjaringkan gol.

Syihan menyertai JDT pada musim lalu daripada Negeri Sembilan selepas tampil cemerlang bersama Harimau Malaya.

2. Yohandry Orozco

Walaupun berusia 33 tahun, corak permainan Yohandry Orozco bersama Selangor tidak boleh dipertikaikan lagi.

Apatah lagi, Orozco baru-baru ini berjaya membantu Selangor layak ke pentas akhir Piala FA dengan menewaskan Terengganu FC dengan keputusan 4-1 di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Sabtu lalu.

Empat jaringan dan satu 'assist' dalam sembilan perlawanan membuktikan Orozco merupakan aset Selangor meskipun sudah berusia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram