Nilai pasaran bintang JDT-Selangor makin mencanak, 'flop' Kedah pun sama-sama naik


  • Podium
  • Khamis, 08 Ogos 2024

Nilai Umar Eshmurodov meningkat sejak menyertai Selangor FC. — Selangor FC

PASARAN pemain Liga Super mungkin bukanlah yang terbesar di dunia tetapi ia menjadi tempat bagi beberapa pemain terbaik Asia.

Liga kita disertai oleh beberapa pemain berkualiti yang mempunyai nilai pasaran tinggi tidak kira mereka adalah bintang tempatan atau wakil import.

Berdasarkan laman Transfermarkt, Majoriti melihat beberapa pemain yang mengalami peningkatan nilai pasaran ketika ini. Satu daripadanya akan mengejutkan anda.

BACA LAGI: Sudah patut kemas beg, ramai fans Kedah samakan Milos Gordic dengan import Gergasi Merah

BACA LAGI: [VIDEO] Perancangan selari dengan misi peribadi buatkan Umar Eshmurodov akhirnya tinggalkan Uzbekistan demi Selangor

Arif Aiman

Pemain sayap Johor Darul Ta'zim (JDT) itu dianggap sebagai pemain tempatan berkualiti tinggi dimiliki Malaysia sekarang.

Arif yang merupakan bintang Harimau Malaya, masih kekal menjadi nadi kecemerlangan JDT musim ini dengan dia sudah melakukan tiga bantuan gol dalam empat perlawanan liga.

453620429_1066251708204138_7971771839825834011_n

Arif terus cemerlang bersama JDT. — JOHOR Southern Tigers

Namun begitu, nasib tidak menyebelahi Arif apabila dia belum menjaringkan sebarang gol dalam saingan liga tetapi sudah melakukannya di Piala FA.

Musim ini, nilai pasaran Arif meningkat sebanyak €100 ribu (RM490 ribu) dari €450 ribu (RM2.2 juta) kepada €550 ribu (RM2.6 juta). Arif kekal dianggap pemain termahal di Malaysia ketika ini.

Umar Eshmurodov

Pembelian penting Selangor FC musim ini dilihat apabila mereka membawa pertahanan Piala Asia Uzbekistan ke Kelana Jaya.

Walaupun pada mulanya mengalami kecederaan, tetapi apabila diturunkan Eshmurodov menunjukkan kualitinya dan sebab kenapa dia adalah pengganti terbaik buat Yazan Al-Arab.

452143454_18443360479006712_1815694115340915597_n

Eshmurodov menghasilkan prestasi baik bersama Selangor. — Selangor FC

Setakat ini, Eshmurodov sudah menghasilkan dua nirbolos (clean sheet) buat Selangor sambil membantu Gergasi Merah sekadar melepaskan cuma tiga gol sewaktu dia bermain.

Musim ini, nilai pasaran Eshmurodov meningkat sebanyak €100,000 (RM490,000) dari €600,00 (RM2.9 juta) kepada €700,000 (RM3.4 juta).

Milos Gordic

Satu nama yang mengejutkan mengalami peningkatan dalam nilai pasaran musim ini penyerang import Kedah Darul Aman FC iaitu Milos Gordic.

Gordic hadir sebagai muka baharu di bahagian serangan buat Kedah, namun begitu hingga kini dia masih gagal menghasilkan persembahan terpuji buat Sang Kenari.

453864685_530792182635297_1836088563259503219_n

Gordic sering dicemuh penyokong Kedah kerana prestasinya. — Kedah Darul Aman FC

Dia dianggap sebagai pemain import scam dalam kalangan penyokong dan ramai mahukan dia disingkirkan daripada kelab dan digantikan dengan bintang baharu.

Walaupun dibenci, tetapi, Gordic mengalami peningkatan nilai pasaran iaitu sebanyak €75,000 (RM367,000 ribu) dari €50,000 (RM245,000) kepada €125,000 (RM612,000). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram