Produk akademi Chelsea bakal tinggalkan kelab selepas 18 tahun, sedia sertai Atletico Madrid


  • Podium
  • Rabu, 07 Ogos 2024

Conor Gallagher bakal berpindah ke Sepanyol selepas 18 tahun. — Agensi

CONOR Gallagher dilihat bersedia untuk meninggalkan Chelsea selepas hampir 20 tahun bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut.

Penyerang itu yang merupakan produk akademi Chelsea dan bersedia untuk meninggalkan The Blues dengan destinasi seterusnya adalah saingan La Liga di Sepanyol.

Gallagher dilaporkan bersedia untuk menyertai Atletico Madrid selepas perbincangan dilakukan oleh kedua-dua kelab.

BACA LAGI: Lepas Trent dikecam teruk, Southgate pilih bintang buangan Chelsea pula kemudi tengah England

BACA LAGI: [VIDEO] Pernah jadi bahan 'meme', fans tegar Chelsea meninggal dunia pada usia 27 tahun

Menurut laporan di England, Gallagher pada mulanya mempunyai sangsi terhadap potensi berpindah ke Sepanyol namun selepas diyakinkan oleh Atletico, dia bersedia untuk meneruskan kariernya di sana.

Gallagher bersedia untuk menyertai Atletico dengan kelab itu akan membayar RM411 juta (€43 juta) dengan kontrak selama lima tahun dan ujian perubatan dilakukan pada Rabu.

LONDON, ENGLAND - DECEMBER 19: Conor Gallagher of Chelsea celebrates during the Carabao Cup Quarter Final match between Chelsea and Newcastle United at Stamford Bridge on December 19, 2023 in London, England. (Photo by Marc Atkins/Getty Images)

Conor Gallagher bakal tinggalkan Chelsea. — Agensi

Perpisahan Gallagher dengan Chelsea menamatkan satu tempoh panjang pemain itu dengan kelab tersebut. Chelsea sebenarnya ada menawarkan kontrak lanjutan tetapi tawarannya tidak diterima pemain tersebut.

Hal ini kerana, Chelsea menawarkan kontrak selama dua tahun dengan pilihan melanjutkannya untuk tambahan 12 bulan. Namun begitu, Gallagher menolaknya kerana tempoh kontrak yang dianggap pendek serta batasan terhadap minit permainan yang bakal diterimanya.

Malah, Gallagher sendiri berasakan dia bakal kehilangan tempat di bawah kendalian pengendali baharu iaitu Enzo Maresca kerana taktikalnya yang gemarkan permainan secara penguasaan bola.

Keputusan Chelsea menjual Gallagher kepada Atletico adalah dipengaruhi dengan keputusan mereka yang lebih rela melepaskan pemain itu kepada kelab luar berbanding seteru The Blues di EPL. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram