Sudah patut kemas beg, ramai fans Kedah samakan Milos Gordic dengan import Gergasi Merah


  • Podium
  • Isnin, 05 Ogos 2024

Sebahagian aksi menarik ketika jentera serangan Sang Kenari membuat serangan ke pintu gawang JDT namun gagal menembusi benteng pertahanan Harimau Selatan. — Facebook/KDAFC

JUARA bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), menempah tiket ke perlawanan akhir Piala FA 2024 selepas meledak tiga jaringan tanpa balas di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Johor dengan kelebihan agregat 5-1 menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC pada Ahad.

Dalam aksi yang berlangsung di hadapan ribuan penyokong bola sepak tanah air itu menyaksikan pasukan tuan rumah mempamerkan permainan agresif untuk mendapatkan jaringan.

Jaringan pertama aksi separuh akhir kedua itu hadir dalam separuh masa kedua apabila pertahanan muda, Feroz Baharudin, menampan masuk bola hantaran daripada pemain kebangsaan, Matthew Davies, untuk memecahkan kebuntuan perlawanan.

BACA LAGI: VAR 'bunuh' semangat Kedah, JDT tepati ramalan lawan Selangor

BACA LAGI: Bukan kerambit tapi gunting, pemain samseng mungkin disaman, digantung seumur hidup

WhatsApp Image 2024-08-05 at 15.03.18

Sebahagian aksi menarik ketika salah seorang pemain Sang Kenari dikawal ketat oleh Harimau Selatan. — Facebook/KDAFC

Penggempur JDT, Bergson da Silva dan Juan Muniz melengkapkan malam gemilang Harimau Selatan dengan masing-masing menjaringkan satu gol untuk membawa skuad Harimau Selatan mara ke pentas akhir.

Kedah hampir menyamakan kedudukan menerusi Ebenezer Assifuah tetapi dinafikan oleh video Bantuan Pengadil (VAR) selepas mendapati seorang pemain ditangkap ofsaid sebelum jaringan dibuat.

Bagaimanapun, nama penyerang import KDA FC, Milos Gordic sekali lagi mencuri tumpuan penyokong Jelapang Padi khususnya.

WhatsApp Image 2024-08-05 at 14.39.00

Milos Gordic (kiri) dianggap beban kepada pasukan dan sering menerima kritikan penyokong. — Facebook/KDAFC

Malah, pemain kelahiran Serbia itu turut disamakan dengan penyerang Selangor FC, Ronnie Fernandez apabila mengalami kesukaran untuk menunjukkan prestasi terbaiknya hingga sering dicemuh hebat oleh penyokong.

Lebih memeritkan, Gordic cuma menjaringkan satu gol setakat ini ketika aksi berdepan kelab Liga A1 Semi-Pro, Bukit Tambun FC pada 14 Jun lalu dalam Piala FA 2024.

"Milos ibarat Ronnie Fernandez yang mempunyai persamaan iaitu kurang impak," kata Saiful Redzuan.

"Milos tu tiada fungsi langsung, apa bendalah boleh jadi first eleven, boleh dah kot kemas beg," kata Musyammaz Xciv.

"Milos tu striker macam mana tak tahu, speed tiada, nak tengok dia bawa bola dan shooting pun susah, bagus lagi pemain tempatan dari dia," kata Suhail Amru Al-Hafiz Kudri.

"Yang Nafuzi bagi Milos tu main first eleven sebab apa? Apa fungsi Milos tu, badan saja besar, memang teruk sangat dia main," kata Mohd Syazihan An.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram