MUSIM ini, Selangor FC melakukan pembaharuan dari segi barisan pemain import mereka dengan membawa masuk beberapa nama yang mengujakan penyokong Gergasi Merah.
Ronnie Fernandez dan Alvin Fortes antara nama baharu yang bakal membantu Selangor mendapatkan jaringan. Sementara itu, Umar Eshmurodov pula menjadi rekrut terkini Gergasi Merah untuk barisan pertahanan.
Pemain Uzbekistan itu merupakan antara nadi penting negara tersebut di Piala Asia 2023 dan kehadirannya membuatkan penyokong Selangor menyimpan harapan tinggi yang dia mampu berjaya.
Sepanjang kariernya, Eshmurodov tidak pernah beraksi di luar Uzbekistan. Dia cuma pernah bermain untuk tiga kelab iaitu Shurtan Guzar, Nasaf Qarshi dan Pakhtakor Tashkent sebelum menyertai Selangor.
Pada usia 31 tahun, sudah pasti ia memerlukan sesuatu yang istimewa dilakukan oleh Selangor untuk menarik perhatian Eshmurodov supaya meninggalkan Uzbekistan dan beraksi di luar negaranya buat pertama kali dekat Malaysia.
Bercakap kepada media rasmi Selangor FC, Eshmurodov mengatakan yang perancangan yang dimiliki oleh Selangor selari dengan sasaran peribadinya sebagai pemain. Oleh itu, ia membuatkan mengapa dia memilih untuk menyertai Gergasi Merah.
BACA LAGI: Hype lain macam tengok Akhyar dan Safawi, TFC bakal raih 3 ‘durian runtuh’
"Faktor utama saya mengambil keputusan untuk beraksi di sini adalah kerana perancangan kelab yang sejajar dengan misi saya.
"Saya positif dengan keputusan ini, Selangor mempunyai perancangan yang besar untuk kelab dan karier saya. Disebabkan itu, saya menerima tawaran mereka, saya yakin dengan keputusan ini," kata Eshmurodov.
Musim ini, Selangor dilihat mahu tampil lebih kompetitif berbanding musim lalu di peringkat domestik selain daripada memberikan cabaran hebat apabila beraksi dalam pertandingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).
Eshmurodov juga menetapkan sasaran untuk memberikan kemenangan sebanyak mungkin dan memberikan senyuman kepada penyokong Gergasi Merah pada musim ini.
Selain Eshmurodov, Fernandez dan Fortes, Selangor juga berjaya mendapatkan Nooa Laine serta Azim Al-Amin untuk menguatkan skuad kendalian Tan Cheng Hoe. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram