Sekadar main 2 perlawanan, fans cadang Pestabola Merdeka buat format liga


  • Podium
  • Rabu, 07 Ogos 2024

Terdapat penyokong mencadangkan agar Pestabola Merdeka diadakan menggunakan format liga. — FAM

SAINGAN piala jemputan, Pestabola Merdeka kembali lagi untuk edisi 2024 dengan ia akan diadakan dari 4 hingga 8 September.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada aksi kalendar FIFA (FIFA Matchday) bertujuan untuk menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 buat negara kita.

Pada Selasa, undian sudah dilakukan dengan nasib empat negara iaitu Malaysia, Filipina, Lubnan dan Tajikistan telah dikenal pasti.

BACA LAGI: Malaysia diundi berdepan Filipina misi buru kejuaraan Pestabola Merdeka

BACA LAGI: Harimau Malaya redah Pestabola Merdeka tanpa perlawanan 'sparring'

387857452_1027235188349717_7719854595270892437_n

Sama seperti edisi 2023, Pestabola Merdeka 2024 akan menggunakan format serupa. — FAM

Malaysia akan berdepan Filipina sementara Lubnan berdepan juara bertahan, Tajikistan dalam dua aksi separuh akhir yang bakal diadakan pada 4 September.

Pemenang kedua-dua separuh akhir itu akan mara ke perlawanan akhir sementara yang tewas perlu bermain aksi penentuan tempat ketiga pada 8 September.

Ia menyaksikan sebanyak dua perlawanan akan diharungi oleh setiap negara bertanding dan ia melepasi jumlah perlawanan ideal untuk sesebuah pasukan jalani sewaktu FIFA Matchday.

Namun begitu, format Pestabola Merdeka itu tidak diterima baik oleh penyokong yang menganggap, "eh tiba-tiba dah separuh akhir?"

Terdapat penyokong yang mencadangkan FAM mengubah format pertandingan itu menjadi pertandingan liga supaya lebih banyak perlawanan boleh diadakan.

"Ala main liga baru lah seronok, puas sikit," kata penyokong bernama Shahrul Nizam.

"Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba separuh akhir. Buatlah (format) liga, juara kumpulan dan naib juara main perlawanan akhir, baru ada feel," cadang Mohd Haidar pula.

Cadangan itu dilihat menarik untuk menambah kemeriahan Pestabola Merdeka. Namun begitu, dengan tempoh masa yang singkat dalam setiap FIFA Matchday, ia agak mustahil untuk dilakukan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram