Sama tapi tak serupa, ketahui apa bezanya acara pecut dan keirin berbasikal trek


  • Podium
  • Rabu, 07 Ogos 2024

Datuk Azizulhasni Awang (kanan) merupakan jaguh dalam acara keirin dan pecut. — Agensi

ACARA berbasikal trek melibatkan atlet Malaysia bermula pada 7 Ogos dengan harapan mendapatkan pingat emas Sukan Olimpik 2024 bersambung di gelanggang velodrome.

Bintang berbasikal seperti Datuk Azizulhasni Awang, Shah Firdaus Sahrom dan Izzah Izzati Asri diharapkan untuk membawa pulang pingat selepas badminton menyumbang dua gangsa.

Mereka bakal menyertai dua acara iaitu pecut dan keirin yang sering dilihat sama tapi sebenarnya tidak serupa. Di manakah perbezaannya?

BACA LAGI: [VIDEO] Aksi Olimpik terakhir, Azizulhasni tak sabar buru emas buat Malaysia

BACA LAGI: Azizulhasni Awang imbau semula detik ibarat 'telur di hujung tanduk'

Format berlainan

Dari namanya sendiri, acara pecut dan keirin mempunya perbezaan yang tersendiri dari segi format dan cara ia dimainkan.

Dalam dua acara ini, bilangan peserta yang bertanding bagi satu-satu perlumbaan adalah berbeza dengan acara pecut dimainkan dengan bilangan peserta lebih kecil berbanding keirin.

on Day 11 of the Rio 2016 Olympic Games at the Rio Olympic Velodrome on August 16, 2016 in Rio de Janeiro, Brazil.

Tindakan memerhatikan lawan yang berada di belakang adalah perkara normal ketika acara pecut. — Agensi

Sebagai contoh, acara pecut hanya dimainkan melibatkan dua hingga tiga peserta untuk satu-satu perlumbaan. Pemenang akan layak ke pusingan seterusnya manakala yang tewas akan ke pusingan repecharge (pusingan untuk mereka yang kalah).

Dalam acara pecut, pelumba akan berlumba mengelilingi trek velodrome sebanyak tiga kali sebelum pemenang ditentukan.

Caranya mudah saja, siapa yang paling pantas adalah pemenang bagi acara ini. Selain itu, acara pecut juga mempunyai format berpasukan.

Keirin lebih ramai

Seperti yang dikatakan sebelum ini, jumlah peserta dalam acara keirin adalah lebih besar berbanding pecut dalam satu-satu perlumbaan.

Jika pecut sekadar melibatkan dua, tiga pelumba, acara keirin pula boleh sampai enam peserta untuk satu-satu perlumbaan.

Perbezaan antara keirin dengan pecut adalah pada acara ini, peserta perlu berada di belakang pengiring (pacer) untuk beberapa pusingan awal.

MOTORBIKE-superJumbo

Pengiring atau pacer akan mengetuai perlumbaan keirin di peringkat awal. — Agensi

Keberadaan motosikal itu adalah untuk mengawal pelumba tidak melebihi kenderaan itu sebelum loceng dibunyikan. Sepanjang tempoh itu, pelumba akan saling mencatur strategi untuk berada paling depan semasa loceng dibunyikan.

Apabila bunyi loceng dibunyikan, motosikal pengiring akan meninggalkan trek dan kesemua peserta akan memecut laju menuju ke garisan penamat. Lazimnya, loceng akan dibunyikan sewaktu perlumbaan berbaki tiga pusingan.

Sama seperti pecut, siapa yang melepasi garisan penamat paling pantas akan diangkat sebagai pemenang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram