MALAYSIA diundi untuk bertemu dengan Filipina dalam perlawanan pertama Pestabola Merdeka yang akan diadakan pada 4 September di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Sepak mula yang akan diadakan pada pukul 9 malam itu menyaksikan skuad kendalian Pau Marti akan bertemu musuh serantau dalam misi ke perlawanan akhir.
Satu lagi aksi menyaksikan juara bertahan, Tajikistan berdepan Lubnan pada aksi sebelah petang (4.30 petang) hari yang sama.
BACA LAGI: Pestabola Merdeka kembali lagi, tapi fans harap bukan semua aksi diadakan di SNBJ
Keputusan itu dibuat pada majlis undian Pestabola Merdeka edisi 2024 yang diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya, Selangor pada Selasa.
Aksi dua perlawanan pertama diadakan pada 4 September dengan perlawanan penentuan tempat ketiga serta perlawanan akhir akan diadakan pada 8 September.
Perlawanan penentuan tempat ketiga akan diadakan pada 4.30 petang dengan aksi akhir diadakan pada pukul 9 malam.
Menurut FAM, jualan tiket akan dibuka pada 7 Ogos (Rabu) dengan ia difokuskan kepada pakej tiket untuk kesemua empat perlawanan.
Pakej kombo itu dijual pada harga RM70 dan ia tertumpu kepada tempat duduk terbuka sahaja. Bagi jualan tiket biasa yang bukan kombo pula akan dibuka pada 21 Ogos sehingga hari perlawanan.
Bagi setiap tiket perlawanan, FAM mengenakan caj sebanyak RM40 (dewasa), RM5 (kanak-kanak 6 hingga 12 tahun) untuk tempat duduk terbuka.
Bagi tiket grandstand pula RM60 setiap satu sementara RM80 dikenakan untuk tempat duduk premium. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram