SELEPAS sering dianggap tidak melakukan kerja-kerja mendapatkan pemain baharu, kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool sebenarnya sedang berusaha menguatkan pertahanan.
Sering dikritik kerana tidak berusaha mendapatkan bintang baharu, skuad kendalian Arne Slot itu dilaporkan sedang memburu pemain pertahanan England iaitu Marc Guehi.
Pemain pertahanan Crystal Palace itu menjadi buruan Liverpool dengan The Reds bersedia berdepan tentangan sengit daripada tiga lagi kelab.
BACA LAGI: Sejarah jadi bukti England mampu bergelar juara Euro 2024 berbanding Sepanyol
BACA LAGI: [VIDEO] Bengang England kalah final Euro 2024, Bellingham sepak bakul air tepi padang
Marc Guehi merupakan pemain Crystal Palace. — Agensi
Laporan di England mendapati Liverpool bersedia mendapatkan Marc Guehi pada kadar RM428 juta (£75 juta) bagi memberikan nafas baharu kepada pertahanan mereka dengan potensi Joe Gomez bakal meninggalkan kelab.
Namun begitu, Liverpool berdepan saingan sengit daripada Newcastle United yang turut meminati pemain tersebut. Lebih menarik, The Magpies kendalian Eddie Howe dilaporkan sudah berbincang untuk membawa Guehi ke St. James' Park.
Malah, perbincangan antara kedua-dua kelab dilihat begitu baik dan itu memaksa Liverpool untuk memberikan tawaran lebih lumayan kepada Palace bagi mendapatkan Guehi.
Sebagai rekod, Newcastle dilaporkan mungkin mendapatkan Guehi dengan harga lebih murah sekitar RM371 juta (£65 juta) seperti diminta oleh Palace.
Selain Newcastle, Guehi turut berada dalam radar dua kelab utara London iaitu Arsenal dan Tottenham Hotspur. Namun begitu, Arsenal mungkin tidak menjadi destinasi pilihan Guehi kerana mereka sudah memiliki pertahanan Itali, Riccardo Calafiori. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram