JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang memikul tanggungjawab yang berat apabila menjadi satu-satunya harapan dalam membawa pulang kilauan emas Olimpik Paris 2024.
Ia berikutan selepas atlet badminton negara, Lee Zii Jia, Pearly Tan-M Thinaah dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal mara ke pentas akhir badminton di Arena Porte de La Chapelle.
Meskipun sandaran emas terletak di bahu Azizulhasni atau lebih dikenali sebagai Jijoe itu, dia dilihat teruja untuk beraksi di Paris.
BACA LAGI: JDT berputih mata, Forestieri jadi rebutan kelab Timur Tengah
BACA LAGI: Sudah patut kemas beg, ramai fans Kedah samakan Milos Gordic dengan import Gergasi Merah
Menerusi satu perkongsian di laman Facebook miliknya, Jijoe berkongsikan bahawa sudah tidak sabar untuk bertanding dalam acara berbasikal yang akan bermula pada Rabu itu.
"Saya sangat teruja untuk memulakan pertandingan esok untuk Olimpik kelima dan terakhir saya.
"Mewakili kontinjen Malaysia merupakan pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan dalam kerjaya saya. Bangga untuk memberikannya kali terakhir!," tulisnya di Facebook.
Menurut The Pocket Rocketman itu, ia merupakan Olimpik terakhirnya sepanjang lima kali membuat penampilan di temasya berprestij tersebut.
Untuk rekod, Azizulhasni pernah memenangi pingat perak di Olimpik Tokyo 2020 dalam acara keirin. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram