Masa tak banyak, Pau Marti boleh rangka 'friendly' lawan kelab Eropah, Amerika Selatan sebelum Pestabola Merdeka


  • Podium
  • Selasa, 23 Jul 2024

Ujian pertama Pau Marti sebagai pengendali sementara Malaysia adalah Pestabola Merdeka.

CABARAN hebat menanti pengendali sementara skuad kebangsaan, Pau Marti selepas mewarisinya daripada Kim Pan-gon.

Hal ini kerana, tugasan pertama Marti bersama-sama Harimau Malaya adalah Pestabola Merdeka yang akan diadakan pada September.

Walaupun ia adalah sekadar kejohanan jemputan, tetapi tugasan Pestabola Merdeka itu dilihat penting untuk Marti membina first impression yang baik sambil mendapatkan sokongan padu penyokong.

BACA LAGI: Selain Kim Pan-gon, Pau Marti Vicente pernah berguru dengan 3 jurulatih berdarah FC Barcelona

BACA LAGI: [VIDEO] Pan-gon sah letak jawatan, Pau Marti jadi pengganti sementara

Dengan Marti tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menyiapkan pasukan menghadapi Tajikistan, Lubnan serta Filipina, dia perlu merangka perlawanan persahabatan bersama kelab-kelab bagi memastikan para pemain membiasakan diri dengan sistemnya.

Kenapa kelab-kelab? Hal ini disebabkan tempoh bola sepak antarabangsa atau FIFA Matchday seterusnya adalah pada September. Sebagai rekod, Pestabola Merdeka akan diadakan pada bermula 2 hingga 10 September.

Jadi, sudah pasti Marti dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak dapat mengatur perlawanan persahabatan antarabangsa lain dalam tempoh tersebut. Oleh itu, mereka dijangka terpaksa melakukan aksi persahabatan bersama-sama kelab sahaja untuk 'asah kuku' sebelum kejohanan bermula.

Mungkin, Marti boleh menggunakan jaringan luas dimilikinya untuk mengatur perlawanan persahabatan bersama-sama kelab dari negaranya di Sepanyol.

Marti boleh cuba mendapatkan beberapa kelab berkualiti dari Sepanyol untuk menjadi rakan sparring Harimau Malaya sebelum Pestabola Merdeka bermula. Dengan cara ini, dia dapat melakukan eksperimen terhadap skuadnya sebelum berdepan jaguh-jaguh Asia dalam pertandingan tersebut.

Jika bukan daripada Sepanyol, mungkin mereka boleh mengadakan dengan mana-mana kelab dari Eropah atau pun mengatur perlawanan dengan pasukan dari Amerika Selatan.

Ia mungkin sukar kerana waktu semakin suntuk untuk mengatur perlawanan sebelum saingan bermula. Tetapi jika Marti dan FAM serius mahu memastikan Malaysia tampil cemerlang di kejohanan anjuran sendiri, mereka perlu berbuat sesuatu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram