Selangor 'menang besar', jadi pilihan penyerang berpotensi kelab Eropah saranan ESPN


  • Podium
  • Isnin, 05 Ogos 2024

ESPN menyenaraikan Ali sebagai bintang muda buruan kelab Eropah selepas cemerlang dalam kempen Piala Asia Qatar 2023 pada awal tahun ini.

SELANGOR FC ibarat menerima 'durian runtuh' apabila dikhabarkan sudah selesai menandatangi pemain muda berbakat besar dari Jordan, Ali Olwan bagi membantu memperkasakan lagi jentera serangan Gergasi Merah.

Ketibaan Ali ke kem Gergasi Merah sudah diumumkan secara rasmi oleh laman media sosial rasmoi Selangor FC pada Isnin dengan rata-ratanya gembira menyambut kehadiran bekas penyerang Al-Shamal SC itu.

BACA LAGI: [VIDEO] Macam ada badi, ini 3 kali Terengganu tersekat di separuh akhir Piala FA

BACA LAGI: 'JDT sangat teruk tahun ini', fans Jepun tegur 'gameplay' Harimau Selatan, anggap Bergson terlalu selesa

"Penyerang Jordan Ali Olwan #IsRed! Penyerang baharu kami Ali Olwan telah mendarat! Dilahirkan di Amman, Jordan, Olwan merupakan antara pemain utama skuad kebangsaan Jordan sejak berusia 21 tahun.

"Pemain ini telah membuat 42 penampilan setakat ini dan bermain dalam kesebelasan utama untuk Jordan dalam 32 aksi daripada 42 perlawanan dalam beberapa pertandingan seperti Kelayakan Piala Asia, Piala Asia AFC, Kelayakan Piala Dunia dan perlawanan Persahabatan Antarabangsa sejak 21 November 2020.

"Selain itu, dia juga telah menjaringkan 12 gol bersama Jordan termasuk hatrik ketika menentang Malaysia dalam perlawanan Persahabatan Antarabangsa pada Oktober 2021. Selamat datang ke Red Giants, Olwan," jelas hantaran dimuat naik Gergasi Merah pada Isnin.

Kehadiran pemain skuad kebangsaan Jordan itu ke kem Gergasi Merah jelas menggembirakan penyokong Selangor lagi-lagi Ali bukan bertaraf pemain biasa susulan pernah disenaraikan antara bintang muda Asia yang wajar mendapat tumpuan kelab Eropah.

Media sukan terkenal dunia, ESPN, menyenaraikan pemain berusia 24 tahun itu sebagai bintang muda buruan kelab Eropah susulan persembahan cemerlangnya dalam kempen Piala Asia Qatar 2023 pada awal tahun ini.

Senarai dikeluarkan ESPN itu menyaksilkan Ali diletakkan bersama beberapa bintang muda dari beberapa negara Asia lain seperti Jordy Bos (Australia), Vahdat Hanonov (Tajikistan), Abdullah Radif dan Talal Haji (Arab Saudi) serta Marselino Ferdinan, Ivar Jenner dan Justin Hubner dari Indonesia).

Sebelumnya, ketibaan penyerang berusia 24 tahun itu ke Gergasi Merah mula meniti di bibir penyokong selepas foto Ali memegang jersi bernombor 90 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dekat Kelana Jaya, Selangor mula tular di media sosial sejak Isnin. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram