MASIH terlalu awal untuk mengatakan Johor Darul Ta'zim (JDT) tahun ini mengalami satu musim yang hambar namun prestasi Harimau Selatan sudah semakin dibincangkan dalam kalangan penyokong.
JDT terpaksa menerima kritikan pedas daripada penyokong selepas merekodkan keputusan seri 1-1 ketika menentang PDRM FC pada perlawanan Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, dekat Selayang, Selangor pada Rabu.
Gawang Harimau Selatan dibolosi pada minit ke-22 selepas penyerang skuad kebangsaan, Shahrel Fikri Md Fauzi mencipta kejutan ke atas Syihan Hazmi sebelum Oscar Arribas mencetak nama sebagai penjaring untuk JDT.
BACA LAGI: [VIDEO] Macam ada badi, ini 3 kali Terengganu tersekat di separuh akhir Piala FA
BACA LAGI: Tiada Syafiq tidak apa, Kedah masih letak sasaran tinggi dalam Piala FA
Selain perlawanan menentang skuad kendalian P. Maniam berkenaan, corak pemainan JDT di bawah kendalian Hector Bidoglio ketika menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam aksi separuh akhir pada Ahad juga mendapat teguran.
Meskipun juara bertahan Liga Super itu mengetepikan Sang Kenari dengan agregat 5-1 apabila menang mudah 3-0 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim, di Iskandar Puteri, Johor namun ia mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penyokong.
Antara kritikan 'keras' yang diterima Harimau Selatan ialah komen dari penyokong dari Jepun, Yamakoto_Kore dengan peminat berkenaan kecewa terhadap pendekatan permainan dari Bidoglio.
"Dalam perlawanan terakhir JDT menentang PDRM, kelab itu hanyalah pasukan bawahan dan strategi JDT agak teruk. Jadi saya rasa JDT tidak begitu serius. Tetapi saya silap.
"Saya meramalkan perlawanan ini (separuh akhir Piala FA) mungkin lebih menarik kerana Kedah pernah menstabilkan pasukan dengan skor besar 3-3 ketika berdepan JDT.
"Sejujurnya, saya jarang menonton JDT bermain tetapi tahun ini adalah permainan yang sangat teruk, pemain tidak menekan lawan dan seperti tiada komunikasi antara pemain mereka.
"Tambahan pula beberapa pemain seperti pemain dengan nombor sembilan (Bergson Da Silva) agak kacau. Dia terlalu selesa dengan kelab ini dan gol yang dihasilkan hanyalah gol penalti yang disumbangkan oleh rakan sepasukan," katanya.
Bergson setakat ini baru mencetak enam gol bersama JDT bagi saingan Liga Super. — Facebook/JDT
Untuk rekod, musim ini Bergson yang beraksi selaku penggempur utama Harimau Selatan meraih dua daripada enam golnya bagi saingan Liga Super menerusi sepakan penalti.
Penyokong JDT dari negara Matahari Terbit itu berharap finalis Piala FA 2024 itu untuk mengubah corak permainan, strategi dan menerapkan komunikasi yang baik antara pemain menjelang Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) nanti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram