SUKAN Olimpik Paris 2024 menjadi bualan hangat ekoran kontroversi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (OIC) yang didakwa membenarkan dua atlet gagal ujian jantina, bersaing bagi acara tinju.
Namun, OIC menerusi kenyataannya tampil mempertahankan hal itu meskipun penyertaan kedua-dua atlet berkenaan sebelum ini pada Kejohanan Tinju Dunia Wanita 2023 telah dibatalkan.
Menurut Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA), ujian jantina dijalankan ke atas Imane Khelif dari Algeria dan Lin Yu‑ting (Taiwan) membuktikan mereka mempunyai kromosom X dan Y, sekali gus membuatkan penyertaan mereka terbatal secara automatik.
BACA LAGI: Paris 2024: Wakil menembak, renang Malaysia berputih mata terpaksa pulang awal
BACA LAGI: [VIDEO] Atlet Mexico 'teruja' guna katil kadbod ketika sertai Olimpik Paris 2024
IBA berkata, keputusan itu dibuat berikut semakan menyeluruh dan bertujuan untuk menegakkan keadilan dan integriti pertandingan.
Namun, acara tinju di Olimpik Paris dijalankan mengikut kelayakan jantina yang kurang ketat.
"Jelas sekali saya tidak akan mengulas mengenai individu tersebut.
"Tetapi saya hanya akan katakan bahawa semua yang bertanding dalam kategori wanita mematuhi peraturan kelayakan pertandingan.
"Mereka adalah wanita dalam pasport mereka dan dinyatakan demikian," kata jurucakap ICO, Mark Adams.
[KLIK GAMBAR UNTUK TONTON VIDEO]
Dalam pada itu, Adams mengakui bahawa peraturan mengenai siapa yang harus bertanding dalam kategori wanita adalah kompleks terutamanya apabila melibatkan mereka yang telah mengalami akil baligh lelaki.
Jelasnya, ia harus bergantung kepada setiap penganjur sukan untuk membuat keputusan dan bukannya IOC.
"Menjawab soalan mengenai testosteron dan akil baligh lelaki, kami mengeluarkan dokumen rangka kerja kepada semua persekutuan dan semua orang akan mempunyai satu jawapan tetapi ia sangat kompleks.
"Peranan IOC adalah untuk menegakkan keadilan dalam sukan wanita, mereka perlu membuat peraturan untuk memastikan ia adil, tetapi pada masa sama membolehkan semua orang mengambil bahagian dalam acara yang mereka mahu," katanya.
Khelif akan menentang pemain Itali, Angela Carini dalam kategori 'welterweight' pada Khamis manakala lawan Yu-ting masih belum diketahui dalam kategori 'featherweight' pada Jumaat. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram