MISI dipikul beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah untuk beraksi di pentas akhir temasya Olimpik 2024 tidak kesampaian selepas mereka tewas kepada pasangan China, Chen Qingchen-Jia Yifan pada Jumaat.
Selepas tewas dalam set pertama 12-21, gandingan wanita nombor satu negara itu bangkit untuk memenangi set kedua dengan keputusan 21-18.
Tetapi, dalam rubber set pula, pasangan dari China memastikan reputasi sebagai pilihan pertama apabila memastikan kemenangan dengan skor 21-15 untuk menempah slot ke pentas akhir.
BACA LAGI: Misi emas Olimpik makin menyala, Pearly Tan-M. Thinaah tumpaskan pasangan Korea ke separuh akhir
BACA LAGI: Chong Wei jadi 'ramuan' kemenangan Pearly-Thinaah
Ia kekalahan kedua Pearly Tan-Thinaah kepada pasangan nombor satu dunia itu dalam Sukan Olimpik Paris selepas tewas 17-21, 20-22 pada aksi peringkat Kumpulan A, Sabtu lalu.
Pada Khamis, Pearly-Thinaah mencipta sejarah sebagai beregu wanita pertama negara mara ke separuh akhir Sukan Olimpik selepas menewaskan pasangan Korea Selatan, Kim So Yeong-Kong Hee Yong yang juga pemenang pingat gangsa edisi lalu dengan 21-12, 21-13.
Pearly-Thinaah akan menentang sama ada satu lagi pasangan China, Liu Shengshu-Tan Ning atau wakil Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida dalam penentuan pingat gangsa pada Sabtu (pukul 9 malam waktu Malaysia). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram