Bekas penjaga gol Melaka, Zainal Rabin meninggal dunia


  • Podium
  • Sabtu, 03 Ogos 2024

Bekas penjaga gol Melaka, Felda United dan Perlis, Zainal Rabin meninggal dunia pada Sabtu selepas lama menderita kanser hidung. — Facebook

BEKAS penjaga gol Melaka, Felda United dan Perlis, Zainal Rabin meninggal dunia pada Sabtu selepas lama menderita kanser hidung.

Khabar duka itu disampaikan oleh Melaka Football Club pada hari yang sama.

"Perginya seorang legenda. Seluruh barisan pemain dan kakitangan Melaka FC merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Zainal Rabin.

BACA LAGI: Kedah ada peluang, tapi 'man to man' JDT tetap jadi pilihan ke final Piala FA

BACA LAGI: Tiada Syafiq tidak apa, Kedah masih letak sasaran tinggi dalam Piala FA

"Sesungguhnya pemergian ini merupakan satu kehilangan besar bagi seluruh penyokong bola sepak negeri Melaka.

"Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al Fatihah," tulis pentadbir laman Facebook berkenaan.

Allahyarham Zainal yang berumur 49 tahun bersara dalam lapangan bola sepak kira-kira 10 tahun lalu selepas mengakhiri kerjayanya bersama Felda United pada 2013. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram