PEMAIN bola sepak, ada masanya akan ada kehilangan kawalan terhadap emosinya kerana pelbagai sebab.
Apabila emosinya tidak dapat dikawal, pemain akan bertindak diluar kawalan seperti bermain kasar, melawan pengadil atau mengeluarkan kata-kata kesat.
Ia boleh terjadi oleh beberapa sebab. Contohnya apabila pemain itu sendiri sudah keletihan, perang saraf oleh pihak atau penyokong lawan serta tekanan perlawanan itu sendiri.
BACA LAGI: Bukan untuk haters tapi dituju khas kepada anak-anak — Ronnie
BACA LAGI: 'Hantar mereka ke Palestin', insiden gaduh penyokong Selangor-Perak cukup mengecewakan
Disebabkan sebab-sebab diatas memungkinkan kenapa pemain Perak FC, Azfar Fikri bertindak diluar kawalan hingga memberikan isyarat lucah ketika perlawanan Liga Super bertemu Selangor FC pada Ahad.
Tindakan Azfar itu berjaya dirakam oleh kamera siaran langsung dan pemain tersebut pastinya akan menjadi tumpuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkenaan kelakuannya itu.
Seandainya FAM memilih untuk menghukum Azfar, apakah bentuk jenis hukuman akan diberikan?
Menurut bekas pengadil FIFA, Subkhiddin Salleh, seandainya FAM ingin mengambil tindakan terhadap Azfar, eloklah hukumannya berbentuk pengajaran terhadap pemain tersebut.
"Untuk mengenakan hukuman seperti penggantungan selama tiga bulan itu tidak berapa sesuai. Seharusnya, hukuman seperti amaran keras atau denda lebih bersesuaian."
"Apa yang dilakukan Azfar ini boleh dikatakan lebih ringan berbanding perbuatan lain seperti menolak pengadil yang melibatkan sentuhan fizikal serta individu lain," kata Subkhiddin kepada Majoriti.
Subkhddin Salleh.
Tambah Subkhiddin, isyarat yang dilakukan oleh Azfar itu tidak bersifat universal. Maknanya, jika dia melakukannya di luar negara berkemungkinan tiada tindakan langsung diambil terhadapnya.
Tetapi memandangkan isyarat tersebut dianggap melampau di Malaysia, dia boleh dikenakan hukuman. Sebagai perbandingan, jika Azfar melakukan isyarat jari tengah, dia boleh dihukum di mana-mana negara dia bermain kerana itu bersifar universal.
Dari sudut pengadil, Subkhiddin berpendapat yang pegawai perlawanan perlu memainkan peranan apabila melihat situasi tersebut berlaku ketika perlawanan.
"Pengadil mungkin tidak berapa biasa dengan isyarat tersebut kerana ia sering dilakukan oleh generasi terdahulu, sekarang jarang kita nampak.
"Tetapi, pengadil boleh memberikan nasihat kepada pemain agar menjaga kelakuan mereka sewaktu bermain," ujar Subkhiddin. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram