Jangan hampa pulang tangan kosong, skuad badminton ada sasaran lebih besar di Olimpik


  • Podium
  • Ahad, 09 Jun 2024

Gandingan Pearly-Thinaah antara sandaran Malaysia di Sukan Olimpik.

PERJUANGAN nama-nama utama dalam sukan badminton di Terbuka Indonesia berakhir dengan tiada satu pun dapat mengecapi kedudukan podium.

Nama-nama yang mewakili Malaysia di Sukan Olimpik 2024 seperti Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Pearly Tan-M.Thinaah kesemuanya tidak berjaya mara ke separuh akhir kejohanan bertaraf Masters 1000 dalam kalendar Jelajah Dunia BWF.

Namun begitu, itu bukanlah pengakhiran. Kerana kita sebenarnya ada perkara yang lebih besar untuk dikejar.

BACA LAGI: Terbuka Indonesia: Jun Hao malukan pemain no.3 dunia depan penyokong tuan rumah

BACA LAGI: Terbuka Indonesia: Sze Fei-Izzuddin, Jun Hao mara ke suku akhir, gandingan Aaron-Wooi Yik ucap selamat tinggal

447982535_18258021025218462_4755204493464615544_n

Zii Jia terkandas di suku akhir Terbuka Indonesia.

Persembahan baik

Jika diambil kira prestasi secara keseluruhan ditampil oleh para pemain Malaysia, kita sebenarnya menghasilkan persembahan yang baik di Terbuka Indonesia.

Mungkin gandingan Man Wei Chong-Tee Kai Wun saja yang berjaya mara sehingga ke perlawanan akhir sementara wakil Olimpik kita hanya mampu sampai ke suku akhir, kemunculan pemain-pemain lain harus diberikan pujian.

Antaranya adalah gandingan beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang mara ke separuh akhir.

Gandingan Kian Meng-Pei Jing berjaya mengharungi kejohanan dengan cukup baik kerana sebelum Terbuka Indonesia, Pei Jing menjadi mangsa scam hingga hilang hampir kesemua wang simpannnya.

448011777_18258207556218462_7609796587262945203_n

Pei Jing (kiri) beraksi di Indonesia dalam keadaan bersedih kerana kehilangan wangnya.

Sementara Wei Chong-Kai Wun pula mencipta sensasi apabila menewaskan beregu juara dunia dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae.

Pemain lain seperti Leong Jun Hao turut mempunyai detik indahnya di Istora Senayan, Jakarta apabila menewaskan pemain utama tuan rumah iaitu Jonatan Christie.

Secara amnya, persembahan ditampilkan oleh para pemain Malaysia cukup baik. Malah lebih baik ditampilkan ketika Malaysian Masters atau Terbuka Singapura.

Sasaran lebih besar

Para pemain lain berjaya mempamer persembahan cemerlang, sementara bintang Olimpik kita cuma sampai di suku akhir.

Di atas kertas, ia kelihatan seperti tidak begitu baik. Hal ini kerana, pemain utama kita tidak berjaya sampai pun ke separuh akhir, apatah lagi perlawanan akhir.

Namun begitu, ia bukanlah satu perkara yang perlu dirasakan. Hal ini kerana, kita sebenarnya adalah sasaran lebih besar menanti mereka.

Sasaran tersebut pastinya adalah pemburuan pingat emas di Sukan Olimpik. Bakal berdepan ramai pemain terbaik, pastinya wakil kita perlu berada di tahap terbaik apabila di Paris kelak.

Lihat saja bagaimana badan Aaron-Wooi Yik yang dipenuhi dengan kinesio tape sewaktu beraksi di Indonesia. Itu memberikan petanda yang mereka memerlukan rehat yang sebaiknya sebelum Sukan Olimpik bermula.

Begitu juga dengan Zii Jia dan Pearly-Thinaah. Selepas ini, mereka perlu memilih beberapa kejohanan sebelum temasya sebenar bermula.

Untuk rekod, sebelum Sukan Olimpik, ada empat kejohanan iaitu Terbuka Australia, Kaoshiung Masters, Terbuka Amerika Syarikat dan Terbuka Kanada. Dengan itu, mereka boleh memilih untuk tidak menyertai beberapa kejohanan supaya tidak terbeban sekali gus mengalami kecederaan.

Justeru, usahlah kecewa apabila Zii Jia kalah kepada pemain Thailand atau kita pulang tanpa sebarang kejuaran dari bumi Indonesia. Kerana kita ada sasaran lebih besar menanti untuk direalisasikan. Yang penting, teruskan menyokong wira kita! — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram