Lee Zii Jia mudah atasi wakil tuan rumah, Anders Antonsen menanti di suku akhir


  • Podium
  • Khamis, 01 Ogos 2024

Zii Jia tiada masalah tewaskan wakil tuan rumah untuk mara ke suku akhir Sukan Olimpik. — BAM

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya melangkah gagah ke suku akhir Sukan Olimpik 2024 selepas menewaskan wakil tuan rumah, Toma Junior Popov pada Khamis.

Kemenangan straight set diraih oleh Zii Jia jelas membuktikan prestasinya pada edisi 2024 lebih baik berbanding ketika Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun apabila dia hanya mampu beraksi sehingga pusingan 16 terbaik.

Zii Jia menang dengan keputusan 21-13, 24-22.

BACA LAGI: Aaron Chia-Soh Wooi Yik sehebat 4 tahun lepas, sekali lagi mara ke separuh akhir Sukan Olimpik

BACA LAGI: Misi emas Olimpik makin menyala, Pearly Tan-M. Thinaah tumpaskan pasangan Korea ke separuh akhir

Set pertama menyaksikan Zii Jia bermain dengan cukup baik walaupun pada permulaan agak perlahan permainannya.

Namun begitu, dia berjaya bangkit untuk merampas set pertama 21-13.

Sokongan penyokong tuan rumah nyata membantu Perez untuk memberikan saingan yang lebih kepada Zii Jia dan itu nyata terhasil buatnya.

Walaupun sering berada di belakang dari segi pungutan mata, tetapi Perez akhirnya berjaya mengikat mata di kedudukan 20-20.

Malah, Perez mempunyai dua kali game point sekali gus merampas set kedua tetapi Zii Jia berjaya menyamakannya sebelum menang 24-22.

Kemenangan Zii Jia membolehkan dia mara ke suku akhir untuk berdepan wakil Denmark, Anders Antonsen yang menerima bye di pusingan 16 terbaik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram