Misi buru emas Olimpik, Aaron-Wooi Yik tak gentar runtuhkan 'Tembok Besar China'


  • Podium
  • Jumaat, 02 Ogos 2024

Aaron-Wooi Yik tidak gentar berdepan wakil China di separuh akhir Sukan Olimpik pada Jumaat. — MOM

PASANGAN beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengakui tidak gentar untuk turun di separuh akhir Sukan Olimpik walaupun berdepan cabaran terbesar.

Aaron-Wooi Yik turun berdepan pilihan pertama dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang pada Jumaat untuk menghidupkan peluang meraih satu lagi pingat dari temasya tersebut selepas melakukannya tiga tahun lalu di Tokyo, Jepun.

Pada edisi lalu, Aaron-Wooi Yik meraih pingat gangsa.

BACA LAGI: Aaron Chia-Soh Wooi Yik sehebat 4 tahun lepas, sekali lagi mara ke separuh akhir Sukan Olimpik

BACA LAGI: Paris 2024: Aaron Chia-Wooi Yik, Zii Jia tepati ramalan, mudah raih kemenangan di bumi Perancis

453630853_902154051949763_2485881245178446635_n

Aaron-Wooi Yik sekali lagi berpeluang meraih pingat di Sukan Olimpik. — MOM

Pasangan beregu lelaki negara itu mengambil inspirasi daripada gandingan beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah yang berjaya mara ke separuh akhir buat kali pertama dalam sejarah badminton Malaysia di Sukan Olimpik.

"Kami gembira untuk mereka dan sebenarnya, kami bermotivasi dan teruja selepas melihat mereka mara ke separuh akhir.

"Melihat prestasi mereka, saya dan Aaron membuat keputusan untuk tidak gentar dan teruskan melangkah," jelas Wooi Yik.

Di suku akhir, Aaron-Wooi Yik berdepan tugas sukar apabila bertemu pilihan ketiga dari India iaitu Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty.

Pertarungan sengit tiga set itu menyaksikan beregu negara ketinggalan sebelum bangkit merampas dua set untuk mara ke separuh akhir.

Kini berdepan lawan lebih sukar, Aaron-Wooi Yik mengatakan yang mereka tiada tekanan dan akan bermain permainan sendiri pada aksi tersebut.

"Kami tewas kepada pasangan India dalam beberapa pertemuan lalu dan kami berharap dapat mengatasi halangan tersebut. Kami berjaya melakukannya dan meraikan kejayaan di gelanggang.

"Menentang beregu China, tiada tekanan buat kami dan kami perlu bermain permainan kami sendiri. Dan kemudiannya kemenangan akan tiba," ujar Aaron. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram