USAHA empat tahun trio memanah wanita Korea Selatan demi meraih pingat emas di temasya Sukan Olimpik Paris hampir tidak kesampaian gara-gara gangguan dari seekor lebah ketika acara final di Les Invalides di Paris pada Ahad.
Menerusi video tular di media sosial baru-baru ini, fokus salah seorang atlet pasukan Korea Selatan, Lim Si-hyeon terganggu apabila seekor lebah tiba-tiba hinggap di tangannya ketika hendak melepaskan panahan terakhir dalam set ketiga.
Meskipun serangga berkenaan hinggap di tanggannya namun Si-hyeon kekal profesional apabila dia dilihat tidak terpengaruh dengannya dan berhasil memperkemaskan panahan untuk mendapat sembilan mata.
BACA LAGI: Paris 2024: 'Debut' pengantin baharu buka langkah kemenangan Malaysia di gelanggang badminton
BACA LAGI: Jangan hampa pulang tangan kosong, skuad badminton ada sasaran lebih besar di Olimpik
Si-hyeon mengakui bahawa dia dan rakan sepasukan bergelut dalam acara berdepan lawan yang lebih kuat seperti China namun ia tidak mematahkan semangat mereka untuk terus mempertahankan kedudukan.
"Saya sangat gembira kerana mengekalkan kedudukan ini dalam sejarah memanah Korea. Walaupun negara lain semakin menunjukkan kualiti tetapi kami akan cuba mengekalkan tempat kami," katanya memetik laporan Dailymail.
Selepas memenangi dua set pertama perlawanan, skuad wanita memanah Korea Selatan yang dianggotai Sih-yeon, Nam Su-hyeon dan Jeon Hun-young mula bergelut sehingga membolehkan China menyamakan kedudukan dalam dua set seterusnya.
Masa tu jugalah lebah nak datang pic.twitter.com/vtE3umNhEr
— rahmieeee (@rahmi_jono) August 2, 2024
Kerjasama yang baik dari trio Korea Selatan itu membuahkan hasil apabila mereka berjaya menewaskan China untuk menang 5-4, sekali gus mengesahkan pingat emas milik mereka bagi acara berpasukan memanah wanita.
Kemenangan itu menyaksikan Korea Selatan telah menang dalam acara berpasukan wanita selama 36 tahun sejak ia secara rasmi ditambah ke dalam senarai sukan dipertandingkan pada Sukan Olimpik Seoul 1988.
Kejayaan pasukan itu bukan hanya menggembirakan rakyat di negara mereka, malah peminat dari serat negara juga mengibarkan bendera Korea Selatan sebagai simbolik ucapan tahniah untuk Sih-yeon dan rakan sepasukan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram