Misi emas Olimpik makin menyala, Pearly Tan-M. Thinaah tumpaskan pasangan Korea ke separuh akhir


  • Podium
  • Khamis, 01 Ogos 2024

Gandingan beregu wanita negara berjaya mara ke separuh akhir Sukan Olimpik 2024. — BAM

GANDINGAN beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah mencipta sejarah berjaya mara ke separuh akhir acara badminton beregu wanita Sukan Olimpik 2024 selepas menewaskan pasangan Korea Selatan iaitu Kim So-yeong-Kong Hee-yong pada Khamis.

Kemenangan secara straight set diraih pasangan negara apabila mencatatkan keputusan 21-12, 21-13.

Ia membolehkan gandingan negara mara ke separuh akhir dan sekurang-kurangnya mencabar pingat gangsa untuk negara.

BACA LAGI: Chong Wei jadi 'ramuan' kemenangan Pearly-Thinaah

BACA LAGI: Pearly Tan-Thinaah tumpaskan beregu Indonesia, tamatkan penantian 8 tahun negara ke suku akhir Olimpik

Pada set pertama, gandingan negara bermain dengan baik apabila berjaya memberikan cabaran sengit kepada pasangan Korea Selatan.

Pearly-Thinaah nyata berada dalam keadaan bersedia untuk perlawanan ini dan ia dapat disaksikan apabila mereka mudah mendapatkan set pertama 21-12.

Set kedua menyaksikan persaingan seimbang antara kedua-dua negara dengan satu ketika Kim-Kong berjaya menyamakan kedudukan sebelum interval.

Namun begitu, selepas interval, kesilapan demi kesilapan dilakukan oleh pasangan Korea Selatan dan itu nyata memberikan manfaat kepada Pearly-Thinaah.

Jumlah unforced error yang dilakukan oleh Kim-Kong berjaya membantu Pearly-Thinaah hingga mereka mempunyai sekurang-kurangnya enam mata perlawanan.

Pukulan smash dari Pearly pada mata akhir nyata sukar untuk dihalang dan ia memateri tempat Malaysia ke separuh akhir.

Kemenangan ini menjadikan Pearly-Thinaah sebagai beregu wanita pertama Malaysia berjaya mara ke separuh akhir badminton di Sukan Olimpik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram