Rasa sakit tak halang Goh Jin Wei tampil semangat berlawan sebelum tumbang


  • Podium
  • Rabu, 31 Jul 2024

Goh Jin Wei beraksi dengan rasa kesakitan sebelum tumpas kepada Kim Ga-eun.

PERJALANAN pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei di Sukan Olimpik 2024 berakhir selepas kalah kepada wakil Korea Selatan, Kim Ga-eun dalam pertarungan tiga set.

Diadakan pada Selasa, Jin Wei berdepan tugas sukar menentang pemain yang lebih baik daripadanya dari segi ranking dengan Kim berada di tangga ke-17 dunia.

Namun begitu, pemain tersebut mempamerkan persembahan terpuji dengan Jin Wei tidak mengalah dengan mudah.

BACA LAGI: 'Tangan saya kaku', Goh Jin Wei gembira atasi gementar raih kemenangan pertama

BACA LAGI: Paris 2024: Bangkit tumpaskan wakil China, gandingan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei muncul juara kumpulan

Set pertama sudah menyaksikan Jin Wei turun dengan semangat waja berdepan Kim walaupun pemain itu sering ditinggalkan dalam pungutan mata.

Namun begitu, Jin Wei mempamerkan semangat juang tinggi hampir hingga sekadar tewas tipis 17-21 pada set pertama.

Set kedua menyaksikan Jin Wei terus meningatkan prestasinya untuk tewas dan usahanya membuahkan hasil.

Ditambah dengan kesilapan mudah yang kerap dilakukan Kim pada set kedua membolehkan Jin Wei merampas set kedua walaupun pemain Korea Selatan tersebut berjaya mengheret permainan ke penentuan deuce.

Set penentuan menyaksikan masing-masing menaikkan tempo permainan walaupun pada satu ketika Jin Wei ketinggalan 8-11.

453069853_900339985464503_5812754823394033979_n

Perjalanan Jin Wei di Sukan Olimpik sudah berakhir.

Kedua-dua pemain bagaimana pun sering melakukan kesilapan tetapi Jin Wei berjaya mengeksplotasi situasi tersebut hinggakan berjaya mendapatkan mata akhir.

Sayangnya, kelebihan dimiliki Jin Wei itu disamakan oleh Kim dengan dia sekali lagi berhasil membawa permainan ke penentuan deuce sebelum mengesahkan kemenangan.

Semangat juang Jin Wei patut diberikan pujian kerana pada satu ketika, dia mengalami kesukaran untuk bermain akibat mengalami kesakitan di buku lalinya.

Perjalanannya di Sukan Olimpik 2024 sudah berakhir namun pastinya dia mempelajari sesuatu yang berguna pada penampilan pertamanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram