Pearly Tan-Thinaah tumpaskan beregu Indonesia, tamatkan penantian 8 tahun negara ke suku akhir Olimpik


  • Podium
  • Selasa, 30 Jul 2024

Pearly Tan-Thinaah menamatkan saingan Kumpulan A di kedudukan kedua selepas meraih dua kemenangan. — AFP

PENANTIAN lapan tahun negara untuk menyaksikan beregu wanita beraksi di pentas suku akhir temasya Olimpik tamat selepas Pearly Tan-M. Thinaah menundukkan gandingan Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti.

Beregu negara yang berada di kedudukan ke-13 dunia itu melakar kejutan dalam kemenangan straight set 21-18, 21-9 untuk berada di kedudukan kedua Kumpulan A.

Kempen beregu wanita itu bermula dengan langkah kiri selepas tewas 21-17, 21-20 dalam aksi pembukaan kepada Qing Chen-Yi Fan dari China.

BACA LAGI: Gagal ke final, perenang Hoe Yen kempunan perbaharui rekod kebangsaan di Olimpik Paris

BACA LAGI: [VIDEO] Paris 'blackout' lepas sehari jadi tuan rumah Sukan Olimpik

Namun, mereka bangkit untuk meraih kemenangan pertama dalam perlawanan kedua apabila menumpaskan juara dunia sebanyak dua kali, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara 18-21, 21-15, 21-16.

Kemaraan ke pusingan seterusnya sebagai naib juara menyaksikan Pearly Tan-Thinaah mengulangi pencapaian Vivian Hoo-Woon Khe Wei yang meraihnya dalam temasya Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil pada 2016. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram