Bos Perak FC umum lepas jawatan, fans tak lupa memori manis


  • Podium
  • Rabu, 31 Jul 2024

Ariesham (kanan) melepaskan jawatannya selaku CEO Perak FC menerusi kenyataan dibuat pada Facebook pada Selasa.

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Perak FC, Bobie Farid Shamsudin atau lebih dikenali sebagai Ariesham mengumumkan untuk melepaskan jawatannya dalam kelab tersebut.

Kenyataan itu dibuat menerusi hantaran di laman Facebook pada Selasa yang nyata mengundang kejutan ramai terutamanya peminat setia The Bos Gaurus (TBG).

"Dengan rasminya saya melepaskan jawatan interim CEO Perak FC. Dah lama sangat tinggalkan rakan niaga saya.

"Back to real, work, real people, bagi saya sukan ini susah nak repair.. Adios PFC," katanya.

BACA LAGI: Ariesham beri satu lagi 'hint', Perak FC akan mengamuk musim depan

BACA LAGI: Orang kuat Perak FC tak nafi ada isu gaji, ajak fans beli 'merchandise' selesaikan masalah

Seolah-olah kecewa dan putus asa dengan kancah liga tempatan, peninggalannya mencetuskan seribu satu persoalan berkaitan punca pemergian individu disegani itu.

2690483

Ariesham melepaskan jawatannya selaku CEO Perak FC.

Dalam pada itu, kelab penyokong setia TBG, Silverstates Supporters Fan Club (SSFC) antara pihak yang terawal memberikan ucapan selamat tinggal dan terima kasih atas segala usaha serta sumbangan beliau terhadap Sang Seladang.

"Terima kasih bos atas memori manis Piala Malaysia musim lepas, walaupun tak sampai final, untuk saya, ia merupakan satu kenangan manis dan terima kasih atas jasa dan khidmat selama di Perak.

"Majukan lagi bisnes XOX, semoga maju jaya dalam apa jua bidang. Teruskan kedepan.

"Saya mewakili sahabat-sahabat SSFC yang lain dan juga penyokong-penyokong Perak ingin meminta maaf sekiranya segala ciapan atau komen yang negatif yang kami lakukan, tapi ia semua demi kebaikan pasukan," ujarnya menerusi Facebook.

Untuk rekod, skuad Seladang di bawah kendalian Yusri Che Lah meneruskan cabaran dalam kancah Liga Super musim ini selepas menamatkan saingan musim lalu di kedudukan ke-11 dengan 22 mata keseluruhan.

Pasukan yang popular dengan jolokan 'Kejor Yeop Kejor' itu kini di tangga ke sembilan selepas mencatatkan dua kemenangan dan lima kekalahan dari tujuh perlawanan ditempuh setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram