Paris 2024: Bangkit tumpaskan wakil China, gandingan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei muncul juara kumpulan


  • Podium
  • Isnin, 29 Jul 2024

Gandingan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya mara ke suku akhir sebagai juara kumpulan. — MOM

KEM badminton negara di Sukan Olimpik 2024 terus menunjukkan rentak cemerlang apabila gandingan beregu mengesahkan tempat di pusingan seterusnya.

Gandingan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mencipta sensasi apabila menewaskan pasangan China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping yang merupakan pilihan kedua acara.

Tang Jie-Ee Wei bangkit selepas ketinggalan set pertama selepas kalah 17-21.

BACA LAGI: Beregu wanita bikin pasangan No 1 dunia berpeluh, gandingan lelaki mula langkah kanan tumpaskan Great Britain

BACA LAGI: Paris 2024: 'Debut' pengantin baharu buka langkah kemenangan Malaysia di gelanggang badminton

Di set kedua, rentak permainan terus dikemaskan dan kedudukan perlawanan berjaya disamakan apabila mereka merampas 21-15.

Detik gemilang negara tiba apabila ketika set ketiga, Tang Jie-Ee Wei apabila mereka menghasilkan kemenangan 21-16 untuk layak ke suku akhir sebagai juara kumpulan D.

Manakala pasangan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut beraksi perlawanan terakhir peringkat kumpulan mereka dengan menentang wakil China, Liang Wei Keng-Wang Chang yang merupakan pilihan pertama.

Pada sebelah malam waktu Malaysia, perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei akan berdepan wakil Afrika Selatan iaitu Johanita Scholtz. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram