PEMAIN perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei berasa gembira apabila berjaya meraih kemenangan dalam penampilan pertamanya di Sukan Olimpik 2024.
Beraksi buat kali pertama dalam kumpulan H berdepan pemain Afrika Selatan, Johanita Scholtz, Jin Wei bagaimana pun memulakan saingan dengan agak goyah.
Namun begitu, gementar yang dirasainya berjaya dikuasai dan pemain 24 tahun itu memenangi set pertama 23-21.
BACA LAGI: Paris 2024: 'Debut' pengantin baharu buka langkah kemenangan Malaysia di gelanggang badminton
BACA LAGI: Paris 2024: Bangkit tumpaskan wakil China, gandingan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei muncul juara kumpulan
Memasuki set kedua, Jin Wei yang sudah 'panas enjin' kemudiannya dengan mudah menewaskan Scholtz 21-11 untuk mengesahkan kemenangan pertama di Adidas Arena, Paris, Perancis.
Jin Wei mengaku yang dia amat gementar kerana pertama kali beraksi di temasya tersebut. Namun, dia amat gembira apabila berjaya meraih kemenangan.
"Saya sangat gembira untuk meraih kemenangan pertama dalam Sukan Olimpik. Saya rasa bernasib baik.
"Ia adalah Sukan Olimpik pertama saya dan saya sangat gementar, tangan saya berasa sangat kaku di perlawanan pertama. Pada mulanya, saya rasakan saya akan kalah perlawanan pertama dan kepala saya sudah berfikir mengenai perlawanan kedua.
"Saya tak sabar untuk perlawanan seterusnya. Saya tiada apa nak dikejarkan," ujarnya.
Selepas ini, Jin Wei akan berdepan cabaran lebih sukar bertemu pemain Korea Selatan, Kim Ga-eun. — The Star/R. KIRUBASHINI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram