Bintang Selangor, Kedah dianggap 'scam', gagal tunjuk taring sebenar


  • Podium
  • Isnin, 29 Jul 2024

Milos Gordic sering dikritik hebat oleh penyokong Kedah. — Kedah Darul Aman FC

SETIAP musim kita akan saksikan pelbagai bintang dalam kalangan pemain import menyertai mana-mana kelab Liga Super.

Mereka hadir dengan reputasi besar dan menjadi harapan penyokong untuk menguatkan lagi barisan pasukan kesayangan.

Namun begitu, tidak semua hadir membawa impak diharapkan hingga mereka digelar 'import scam'.

BACA LAGI: Harimau jadi isyarat Ronnie Fernandez lebih mengaum bersama Selangor?

BACA LAGI: [VIDEO] Lepas hentam botol, Milos 'disekolahkan' Ifwat, dipesan jaga emosi

Mykola Agapov

Penyerang berusia 30 tahun ini antara nama yang dianggap sebagai scam dalam kalangan penyokong Sri Pahang FC.

Hadir daripada saingan di Kazakhstan, Agapov bagaimana pun tidak berjaya menunjukkan taring sebenar apabila beraksi dengan dia sekadar menjaringkan satu gol untuk Tok Gajah.

453332416_868407361987963_4035870101767654293_n

Agapov cuma menjaringkan satu gol pada Piala FA. — Sri Pahang FC

Itu pun, jaringan tersebut terhasil sewaktu aksi Piala FA. Dalam Liga Super pula, semua empat penampilannya tidak membuahkan sebarang gol.

Namanya mungkin menjadi sasaran untuk digantikan oleh pengurusan Sri Pahang jika berterusan tidak memberikan impak diharapkan.

Ronnie Fernandez

Satu nama yang cukup hangat meniti di bibir penyokong Selangor FC kerana sebab yang tidak baik.

Kehadiran Ronnie Fernandez sebagai pemain gantian kepada Ayron del Valle setakat ini cukup sukar untuknya kerana masih mencari-cari rentak bagi menghasilkan gol.

453218505_1010503717748023_2704358589587073949_n

Fernandez masih gagal memenangi hati penyokong Selangor. — Selangor FC

Namun begitu, sumbangannya terhadap gerak serangan pasukan harus dipuji. Keberadaannya di barisan serangan membantu Yohandry Orozco dan Alvin Fortes untuk menyerlah.

Namun begitu, berbanding Agapov, Fernandez mempunyai bilangan gol yang lebih baik apabila sudah meraih tiga jaringan dalam Liga Super.

Milos Gordic

Satu lagi nama yang cukup 'terkenal' dalam kalangan penyokong terutamanya Kedah Darul Aman FC adalah Milos Gordic.

Pemain dari Croatia ini sama seperti Agapov apabila mengalami kesukaran untuk menunjukkan prestasi terbaiknya hingga sering dicemuh hebat oleh penyokong.

453100120_526403206407528_2313490712737664304_n

Milos Gordic dianggap beban kepada pasukan. — Kedah Darul Aman FC

Lebih memeritkan, Gordic cuma menjaringkan satu gol setakat ini. Itu pun apabila berdepan kelab Liga A1 Semi-Pro, Bukit Tambun FC dalam Piala FA.

Manakala dalam Liga Super, kesemua enam penampilan berakhir dengan tanpa jaringan. Manalah penyokong tak kata dia scam bukan? — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram