Saya sedih, kami bukan 'team' yang kasar — Yusri Che Lah


  • Podium
  • Ahad, 28 Jul 2024

Perak kembali ke landasan kemenangan selepas mengalahkan Kelantan Darul Naim. — Perak FC

PENGENDALI Perak FC, Yusri Che Lah mengakui berasa sedih melihat skuadnya dianggap sebagai pasukan gemar bermain kasar.

Hal ini kerana, sewaktu berdepan Kelantan Darul Naim (KDN) FC, ketua pasukan iaitu Luciano Guaycochea yang dilayangkan kad merah selepas mengutip kad kuning kedua.

Kad merah diterima pemain import itu disebabkan dia dikatakan membuang masa pada penghujung perlawanan.

BACA LAGI: [VIDEO] Trik ibarat Cantona buatkan fans Perak teruja lihat import Brazil

BACA LAGI: Ejen bintang Perak FC beri amaran kelab Liga Super hati-hati dengan scammer Korea Selatan

Keputusan pengadil itu nyata mengelirukan pemain itu sendiri dan bangku simpanan Perak turut tertanya-tanya apa yang terjadi.

Mereka mungkin keliru dengan keputusan pengadil tapi yang pasti, Perak terpaksa menelan hakikat tidak dapat menurunkan Guaycochea apabila berdepan Kuching City FC pada Selasa.

"Saya sedih dengan situasi ini. Kami bukanlah pasukan yang kasar. Saya rasa ini adalah takdir yang perlu kami terima. Ia adalah pengajaran.

"Ketiadaan Guaycochea akan kami rasai apabila kami turun menentang Kuching City dalam masa tiga hari (Selasa)," kata Yusri.

453041788_500119232568457_7955920455350848393_n

Guaycochea menjaringkan gol untuk Perak sebelum dibuang padang. — Perak FC

Dalam pada itu, Yusri gembira melihat kelabnya berjaya meraih semula kemenangan dengan menewaskan KDN 1-3 di laman lawan.

Menganggap diri sebagai seorang pejuang, Yusri nyata tidak mahu mengalah dalam mengubah nasib Perak.

"Satu lagi kemenangan di tempat lawan buat kami. Kami berada di bawah tekanan kerana kami kalah beberapa perlawanan sebelum ini termasuk Derbi Utara dua minggu lalu.

"Saya adalah pejuang, kami tidak bermain bola sepak terbaik dalam masa 90 minit. Apabila KDN bermain menggunakan lima pertahanan, kami mengalami kesukaran untuk masuk ke kawasan mereka menggunakan taktikal biasa kami.

"Tetapi, apa yang kami rancang menjadi di separuh masa kedua. Kami mendapatkan jaringan dan mengharapkan kelajuan pemain muda kami. Dua gol awal kami membunuh sebarang harapan untuk mereka bangkit," ujarnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram