PASANGAN beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah berjaya meraih kemenangan pertama mereka di Sukan Olimpik 2024 apabila menewaskan pasangan Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara menerusi tiga set pada Ahad.
Di set pertama, gandingan negara bermain dengan baik pada peringkat permulaan hingga berjaya mendahului 11-7.
Namun begitu, perubahan strategi yang digunakan oleh Matsumoto-Nagahara membuahkan hasil apabila mereka berjaya merampas set pertama 21-18.
BACA LAGI: Paris 2024: 'Debut' pengantin baharu buka langkah kemenangan Malaysia di gelanggang badminton
BACA LAGI: Jangan hampa pulang tangan kosong, skuad badminton ada sasaran lebih besar di Olimpik
Set kedua menyaksikan gandingan negara mengemaskan permainan dan nyata penguasaan sudah mula berada di tangan mereka.
Sekali mendahului di pertengahan set, Pearly-Thinaah berjaya mengheret perlawanan ke set penentuan dengan memenangi set kedua 21-15.
Set ketiga seolah-olah tiada jalan pulang untuk Matsumoto-Nagahara apabila mereka tidak mampu mencabar gandingan negara apabila sekali lagi ketinggalan di pertengahan set.
Pearly-Thinaah kemudiannya terus memecut laju dengan menuju ke mata perlawanan dan akhirnya meraih kemenangan 21-16.
Ia menghidupkan peluang untuk mereka layak ke pusingan kalah mati selepas tumpas perlawanan pertama pada Sabtu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram